Labels

best (25) novel (12) resepi (10) sedih (6) cerpen (4) nursing cover (4) Maybank (3) Terima Kasih Cinta (3) hospital (3) layan. video (3) suka (3) tips (3) ziana zain (3) Kenangan (2) MH370 (2) Ruffie Zieclair (2) Safura (2) Youtube (2) baca (2) benci (2) bonus (2) cuti cuti malaysia (2) doa (2) geram (2) handmade (2) informasi (2) jahit (2) kahwin (2) lirik lagu (2) maaf (2) majlis (2) mak (2) prayforMH370 (2) pulut kuning (2) quote (2) quotes (2) sad (2) sakit (2) sedap (2) teater (2) tempahan (2) tutorial (2) ubat (2) xoxo (2) 9 (1) APC (1) ASB (1) ATM (1) Ayam Masak Kurma (1) Azian Mazwan Safuan (1) BR1M 3.0 (1) Bukan Belas Bukan Simpati (1) DDTD (1) De Muara Ikan Bakar (1) Disko (1) EH (1) Foto (1) GiRO (1) Hidayah (1) Istana Budaya (1) JJCM (1) KPM (1) Kad (1) Kenny Rogers Roaster (1) Kentang BlackPepper (1) Kesedaran (1) Lirik (1) Luahan (1) MAS (1) MEDIA HIBURAN (1) Miming (1) Nasi Hujan Panas (1) Nasyid (1) Ramadhan (1) SOTC (1) Sayang (1) Sekuntum Bunga Berduri - OST Marah-Marah Sayang (1) Sogo (1) TKC (1) TTC1M (1) Wallet (1) ac mizal (1) aiskrim goreng (1) akar fatimah (1) alphabet (1) anjing kurap (1) anugerah meletop (1) bag (1) bahaya (1) baju (1) baju batik (1) bank (1) batik (1) beautifulnara (1) beg (1) berdiri seorang perindu (1) berlakon (1) bersalin (1) beyonce (1) binasa (1) bomba (1) business (1) busuk (1) buy (1) cemburu (1) cemerlang (1) cinta monyet (1) claim (1) coretan (1) cost increasing (1) craft (1) crunch (1) custom made (1) cuti (1) dengki (1) dilema (1) diva (1) down (1) dragon ball (1) drama (1) duit (1) duka (1) emcee (1) episod 1 (1) exercise (1) exercise. senam (1) farmasi (1) felt (1) fesyen (1) fikir (1) frame (1) future (1) gaji (1) gambar (1) gary (1) guardian (1) hantaran (1) happening (1) happy famiy (1) hati (1) hello kitty (1) hrmis (1) hujan (1) ibnor reza (1) igloo (1) ikan masin (1) indonesia (1) inspiration (1) iri hati (1) isteri (1) jack kerouac (1) janin (1) jealous (1) jual nursing cover (1) kang gary (1) karipap pusing (1) kebakaran (1) keguguran (1) kehidupan (1) keje (1) kek pisang (1) kesedihan (1) korea (1) korean (1) kualiti (1) kuman (1) kursus (1) lagu (1) langsir (1) latihan (1) layan (1) layan. mabuk (1) leg raise (1) lens (1) lessang (1) life (1) listen (1) live (1) luka (1) majalah (1) malam (1) masa depan (1) mata (1) miskin (1) miss (1) misscarriage (1) mom (1) mood (1) motivation (1) mr.bala (1) muffin pisang (1) mulut (1) nabil (1) nasi goreng (1) nasi goreng ikan masin (1) neelofa (1) negeri sembilan (1) nescafe (1) neslo (1) nile.com.my (1) nuffnang (1) nukilan (1) nyanyi (1) opis (1) pagi.. (1) parking (1) patah (1) pekerja (1) pelaburan (1) perempuan (1) persaraan (1) picollo (1) pillow (1) pkns (1) plaster (1) power rangers pink (1) press up plank (1) pulangkan (1) punca (1) quality (1) rafizi (1) rainbow cookies (1) rakan sekerja (1) rendang ayam (1) rendang daging (1) reserved (1) rokok (1) running man (1) sabar (1) saloma (1) santan (1) scallop (1) secret admire (1) sejuk (1) semak (1) senaman (1) seremban (1) should do (1) simpan (1) single leg plank (1) sixpack (1) song ji hyo (1) speechless (1) staff (1) stress (1) suami (1) sunyi (1) susu tin (1) sweet memories (1) tak suka (1) take action (1) takut (1) tarian (1) teater musikal antara (1) teluk batik (1) tengku (1) terbakar (1) think (1) tip (1) uweeeeeeekkkkkk (1) vacation (1) weight sit up (1) what (1) work (1) zero dean (1) zoom (1)

31 July 2008

Tempoyak.....Tempoyak.....hehehe



Kenapa tempoyak? Fizi dah jadi tauke tempoyak la sekarang. Fizi pon tak sangka macam laris jer jualannyer, walhal just nak try market. Fizi kan ader cerita pada kawan2 sebelom ni yang Fizi packing tempoyak. Fizi tak buat banyak pon...buat sikit jer, lagipon nak bawak banyak-banyak pon jauh..bukan senang, lain la kalau naik kereta kan. Tapi nasib baiklah penat Fizi tu berbaloi sebab hampir kesemua tempoyak berjaya dijualkan...
Terima kasih tak terhingga kepada Kak Fizah Jusoh selaku boss Fizi yang banyak bagi dorongan suruh Fizi berbisnes hehehe, walau xder pengalaman tapi memang menyeronokkan. Ader saper2 nak tempoyak, nnt order kat Fizi ek, First come first serve, sebab tak banyak pon.

30 July 2008

Dari Botey kembali ke Petaling Jaya

Start dari hari Jumaat lepas Fizi dh tak menulis. Bukan apa, balik kampung la katakan...Nie nak ceritakan sikit tentang percutian Fizi selama di kampung..tapi sayang sebab Fizi xder kamera nak rakamkan detik ceria Fizi masa kat kampung, so kawan2 dengar jer la celoteh Fizi okkey....

25 Julai 2008
Hari ini hari terakhir Farah, sedih sangat-sangat sebab kitaorang satu batch. Apa yang mampu Fizi buat ialah sekadar mengadakan majlis Perpisahan, bukan untuk meraikan pemergiannya Farah, tapi sekadar untuk mengumpul semula kawan2 yang masuk batch MQA siri pertama lantikan 17 Mac 2008. Disebabkan kelewatan Farah, so majlis farewellnya hanya dihadiri oleh Fizi, Kak Tini, Kak Ayu, Kak Fiza, Yana, Bahrin, Pidut dan Syafiq. Yelah, waktu tu pulk dah hampir malam. Mereka balik dari PICC Putrajaya pon dalam pukul 7.30 malam. Nasib baiklah tiket balik kampung Fizi pukul 10.30 malam. So bila Farah dah datang, kami terus ke KFC sebelah bangunan. Sebelum kami makan, Fizi sebagai pengatur rancangan nie pun bagila ucapan sikit. Lebih kurang ucapan masa Majlis perpisahan Kak Maslina dulu. Lepas tue, Fizi pon mintak setiap seorang dari kawan2 yang hadir itu untuk memberi sepatah dua kata sebagai kata-kata semangat untuk Farah. Pastue, bila dah selesai sesi kata-kata, Farah pun bagi sedikit ucapan. Dalam nada ketawa Farah, Fizi nampak air jernih di kelopak matanya. Fizi tahu Farah pon seakan sedih untuk meninggalkan kami, tetapi Farah perlu pergi kerana tawaran tersebut begitu bermakna dan sesuai denga statusnya. Tak sangka Farah dapat jadi Pegawai Tadbir Diplomatil (PTD). Biar Fizi cerita sikit tentang Farah ok. Masa Fizi mula2 join MQA lagi dah satu group ngan Farah. Walaupun Farah kelihatan seperti orang berada (tapi Fizi rasa, memang berada kot,) dia tak pernah sombong, banyak idea yang dikongsi bersama, One Republic, hehe Fizi ingat lagi nama group tu, segalanya tercatat di ingatan Fizi. Idea yang dikongsi bersama, menjawab pelbagai soalan dari group yang lain, mempertahankan sesuatu yang kami katakan, walaupun kami sendiri tahu yang jawapan itu tidak benar. Sehinggalah kini, hubungan Fizi ngan Farah dan kawan2 yang lain masih sama (itulah yang Fizi harapkan). Kami pernah berduet bersama sebagai pengacara majlis di Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di MQA. Tak sangka berduet ngan Farah. Kenangan itu takkan Fizi luperkan. Bila dah habis bersembang dan makan, kami masing-masing mengambil keputusan untuk pulang sebab hari pon dah jauh malam. Masing-masing duduk jauh. Dan itulah hari terakhir Farah Shazwani Mohd Taib di MQA. Tak sangka yang kita akan berpisah.
Selepas mengucapkan sedikit kata-kata2 pada Farah, Fizi pon nak balik, Fizi beriringan dengan Kak Fizi separuh jalan, sehinggalah dia membelok ke arah lain, ke Shah Alam. Fizi pon meneruskan perjalanan hinggalah ke Stesen Asia Jaya. Fizi naik train ke Pasar Seni, kemudian berjalan kaki sedikit ke Pudu. Fizi dah biasa dah jalan kaki, dan setiap kali nak balik kampong memang itulah rutinnya. Sampai je kat Pudu ada lagi setengah jam. Alhamdulillah, takut jugak kalau tak sempat. Bas bertolak pukul 10.30 malam. Dalam bas Fizi terlena, mungkin kepenatan sebab seharian bekerja disambung pula dengan majlis perpisahan Farah, memang terasa penat. Fizi terjaga bila bas dah sampai kat Tol Gopeng. Nasib baik Fizi ingatkan dah terlepas Bota, kalau tak susah Fizi hehehe. Fizi sampai Bota dalam kul 1.15pagi, Abah dah tunggu Fizi kat traffic light. Huh nasib baik Abah dah sampai, seram jugak kalau nak tunggu sorang-sorang kat simpang tue. Tak sangka Abah ambik Fizi pakai skuter. Dah lam trauma xcident dengan skuter masih tak hilang, terpaksalah naik juga walaupun takut-takut..huhuhuhu. Sampai jer rumah terus salam tangan mak, cium pipi kiri ngan kanan, pastu cium dahi mak. Yang lain semua dah tidur, Sari je yang tak tidur lagi. Disebabkan kepenatan Fizi pon terus tidur.......


26 Julai 2008
Ingatkan bangun je tidur nak la berjalan-jalan ke Pekan Sabtu, tapi dah malas la pulak, jadinya Fizi melepak la kat rumah. Hari ni hari Fizi tidur ajer, mingkin sebab penat semalam tak hilang lagi kot. Mak pon faham, jadi mak takderla cakap apa-apa. Sampailah ke malam apa yang Fizi buat cuma tidur dan tidur dan tidur..huhuhuhuhu

27 Julai 2008
Takkan la nak tidur lagi kan? Hari ni badan dah segar sikit. Maksu kata maksu nak datang, Maksu sampai Bota dalam pukul 10.30 pagi. Itupun Iejin yang pergi amik Maksu, sebab Fizi takut nak bawak skuter dah..hehehe...dua kali xcident la, saper la tak trauma. Bila maksu dah sampai Fizi cakap kat Mak, nak suruh buat kerepek, Mak kata mak dah jual pisang kiter. Hmm dah xder pisang, so Mak pun beli lah pisang kat Makcik E-mah. Beli RM4 jer, pastu terus la pergi cari kayu kat kebun durian, Mak kata masak pakai dapur kayu cepat sikit masak, so Fizi pon dengan pakaian buruknyer, ikut mak gi
kebun, Maksu pergi, abah, Fizi ngan Syaaban. Mula0mula cari durian, lepas tu baru cari kayu. Bab cari kayu ni Fizi dah biasa dah sebab dulu masa kami sekeluarga susah dulu memang kami pakai dapur kayu jer... Maksu pulak cam takut-takut jer nak masuk hutan. Takut pacat katanya. Orang Ipoh ler katakan. Pas amik kayu, kami pon pulang, abah kata tak boleh dok bawah pokok durian lama-lama kang kena timpa buah durian pulak sebab sekarang ni semua durian tengah "gegak". Gegak tu macam dah masak dan tunggu nak luruh jer. Bila sampai jer rumah terus Fizi bersila atas rumput depan rumah, Mak geleng kepala jer. Fizi ni hantu durian, tapi kalau bab kupas durian memang tak pandai, hehe. Mak pun kupas untuk Fizi, macam-macam jenis ngan rasa ader. Fizi pulun sorang jer dekat 3 biji setiap sesi makan. Abah marah makan banyak sebab karang sakit perut ngan panas badan...Petang tu Fizi ngan mak kupas kulit pisang nak buat kerepek, tapi pisang ada 5 sikat jer...xperla, Mak kata dapat buat rasa-rasa. Mak kata kalau Mak sorang, memang Mak x larat nak buat, kalau Fizi ader barulah Mak seronok nak buat. Sayang Mak..mmmuuuuaaaaahhhhh.. Bila dah siap kupas, terus jer nyalakan api kat bawah rumah nak masak kerepek. Maksu pulak tidur kat atas mesti kepenatan. Fizi ngan mak pon masaklah kerepek kat bawah rumah. Nasib baiklah bukan bulan puasa, kalau tidak memang mencabar. Yelah dengan bahang apinya, ditambah pulak kerangupan kerepek tue, memang terliur. Lama gak nak masaknyer, tapi Fizi dah biasa, memang dah biasa susah, jadi kerja macam tue, memang okkey jer. Maksu pulak tiba-tiba dah terjaga, agaknya sebab bising sangat kat rumah, terus dia turun. Mak suruh Maksu kait rambutan tapi maksu xpandai. Hmmm apalah maksu ni macam mana la nak kahwin nanti??? Kerepek kami siap dalam kul 4.30 petang, tapi masih banyak lagi nak kena buat lagi lepas ni. Fizi pon teruskan agenda seterusnya iaitu memanjat pokok manggis. Fizi pinjam tangga Opah Temah, naik tangga sekerat, pastu terus panjat naik atas, dah lama tak panjat memang rasa gayat, tapi 10 minit dok atas, dah okkey dah, teringat masa dok kampung dulu. Fizi cari duit dengan jual buah manggis ler, dapat duit buat belanja sekolah...Fizi amik sikit, just untuk maksu bawak balik Ipoh, kalau kita jolok dari bawah, bila jatuh naik buah manggis tu cepat keras ataupun kematu, tu yang kena panjat dan pakai sauk untuk ambil buahnya. Maksu balik lepas Maghrib, tu punabah sewa kereta Abang Ein, yang pergi pon, Mak, Angah, Syaaban ngan Eijin. Sari, Azwa tinggal ngan Fizi. Malam tu Fizi makan durian lagi...heehee 3 biji lagi. Matilah nak tidur nanti, panas woooo....
28 Julai 2008
Hari ini Fizi, Mak ngan Ecah pergi ke Ayer Tawar, Fizi nak beli barang sikit. Ingatkan nak beli kasut, tapi mahal la pulak, Fizi just beli earphone, kasut sandal ngan dompet. Mak pulak beli baju sekolah Syaaban ngan Azwa, pastue mak beli seluar sekolah Fizi. Sedih bila teringat zaman Fizi susah dulu, nak beli baju sendiri pun susah, terpaksa simpan duit raya sendiri nak beli baju. Bila sekarang ni yang boleh buat air mata Fizi mengalir sebab setiap pasang dari baju adik-adik Fizi semuanya bawah RM10. Memang terpaksa pakai baju yang xder kualiti. Jadi Fizi memang tanamkan dalam hati yang Fizi taknak Mak susah lagi. Tapi apakan daya, Fizi dapat menolong setakat yang termampu sahaja. Kami sampai rumah dalam pukul 5.00 petang. Balik jer rumah terus nak panjat manggis lagi tapi mak kata mandi dulu sebab badan letih. Fizi pon pergi mandi lepas tu terus gi panjat pokok manggis. Fizi panjat lagi sekali sebab nak bawak balik ke P.J. Lagi pun Fizi dah janji ngan kawan2 kat tempat kerja nak bawak buah2an sikit. Malam tue makan durian lagi. Malam tue juga Fizi pun start business. Business tempoyak lew..hehehe..Petang tadi ader beli tupperware kat Ayer Tawar, sebab nak business tempoyak. Mula-mula tak yakin tapi bila dah dapat support dari Kak Fizah suruh bawak gak tempoyak tue, Fizi pon bawaklah, atleast ader income masuk walaupun tak banyak..hehehe..Apalagi, Fizi pon isilah tempoyak dalam tupperware tu. Bila dah siap isi, Fizi susun dalam peti ais. Lepas tue kena buat shift ngan Angah, hehehe packing plak kerepek. Ingatkan nak jual, tapi xperla sebab ader sikit, Fizi pon ingat just nak bagi kawan2 opis rasa jer...Nasib baik Angah pandai buat packing ngan lilin tue, Fizi pulak xberapa pandai sebab plastik tu boleh terbakar..huhuhu..Malam ni malam seksa bagi Fizi sebab xboleh nak tidur. Panas satu, pastu diselangi pulak dengan mimpi yang bukan2..mimpi hantu la pulak...huhuhuhuhu

29 Julai 2008
Alamak, dah hari terakhir rupanya. Pagi tu Fizi bangun awal sikit. Yelah boleh la lama-lama sikit. Kalau tidur jer, masa singkat. Fizi pon tolong mak kupas durian untuk dibuat tempoyak. Nak kupas xder la pandai, cuma tolong buang kulit durian jer..huhuhuhhu..Fizi pon tolong mak melecek buah durian itu, proses mengasingkan isi dengan biji, dan akhirnya jadilah tempoyak..
Petang tu, Fizi packing barang sebab dah nak balik, dari beg yang kecil hinggalah beg yang beroda, barulah muat segala-mala barang yang nak dibawa balik ke PJ nyer. Dengan tempoyak, kerepek, manggis..huhh, memang penat giler...Bukannyer beg tu penuh dengan kain baju, tapi penuh dengan barang2 yang disebut tadi. Nak business ler katakan..hohohoho...
Angah pun hantar Fizi sampai kat bus stand. Sebelum balik, Fizi cium tangan,pipi kiri kanan dahi mak, tangan abah, pastue adik-adik pon salam, memang sedih tapi dah kerja, Acik Emah ngan Peja pon ader. Fizi pon member lambaian sebelum wajah mereka hilang disebalik pokok2 kawasan rumah Fizi. Sampai jer bustand Fizi pon bagi Angah duit sikit buat belanja dier, untuk Mak ngan Abah Fizi dah bagi awal2 dah...Angah dah berhenti kerja, Fizi pon dah tolong Angah cari kerja, terpulang pada dia sekarang ni.
Bas sampai dalam pukul 6.30 ptg, Fizi pon naik bas, tiba-tiba tempat duduk Fizi sama nombor dengan penumpang yang dah ade dalam bas tu, Fizi pon refer la balik kat driver bas, tapi pakcik tu boleh cakap kerek plak.."DUDUKLAH MANA2, BUKAN RAMAI ORANG PON!!!" kalau cakap elok2 bolehla Fizi terima ni cakap garang nak mampos. Nasib baiklah tahap kesabaran ni tinggi lagi, kalau tak memang Fizi nak report pada Bahagian Pentadbiran Bas Plusliner tue. Fizi sampai Pudu pukul 10.15 malam. Dengan beg besar tu, Fizi pon sorong la ke stesen LRT Pasar Seni, terus ambil train ke KL Sentral, tukar komuter ke Dato' Harun. Sampailah Fizi kat rumah lebih kurang dalam pukul 11.00 malam. Sampai jer terus punggah semua baran g2 masuk dalam peti ais, Fizi pon telefon Abah bagitahu dah sampai, lepas tu gosok baju, mandi dan zzZZzzZZZzzzzz...





23 July 2008

Aku dituduh bermulut jahat....


Mulut Fizi jahat?? Yeke? Hahahaha..Buat Fizi tergelak besar je.. Kenapa Fizi nak taku pulak? sebab cerita tu tak betul la Fizi tak takut pon. Jahat-jahat Fizi, Fizi tak pernah nak kacau hidup atau porak perandakan kawan2 Fizi. Dan untuk kawan2 Fizi kat luar tu yang konnya kawan2 Fizi, tolonglah jangan hipokrit ek. Be yourself and berterus terang ngan Fizi la kalau kawan2 memang tak suka Fizi ok. tak payah nak canang cerita Fizi merata-rata yang Fizi ni macam ni Fizi ni macam tue.


Kadang-kadang Fizi pelik, kenapa sesetengha orang memang tak boleh tengok orang lain senang, maksudnya mesti ada orang yang iri hati dengan apa yang kita, perlu ke ader perasaan macam tu. Fizi lebih suka biarkan aja. Malas nak fikir, tapi dalam malas nak fikir tu, secara sendirinya perasaan itu akan datang kepada kita.


Fizi sangat mementingkan apa sebenarnya maksud sahabat. Sebab Fizi sangat2 takut bila bercakap pasal perpisahan. Tapi Fizi cuma akan berkawan dengan orang yang menerima Fizi seadanya, maksudnya menerima Fizi seperti sekarang ni, bukannya hanya pandai untuk mengambil kesempatan...

22 July 2008

Hari yang suram, muram, dan penuh penyeksaan

Fizi tak pasti la samada ia perasaan Fizi ataupun ia benar. Perubahan demi perubahan yang dapat Fizi saksikan antara mereka. Adakah keran Fizi dah tinggalkan rutin harian Fizi, atau adakah mereka seperti cuba memboikot Fizi disebabkan Fizi dah banyak berdiam diri. Tapi mana ada Fizi diam, Fizi masih macam biasa kan kawan2? Kawan2 pon tahu yang Fizi ni macam mana, melainkan kalau ada perkara yang perlu dibincangkan memangla Fizi akan bercakap, tapi jika tiada isu yang dibincangkan, so perlukah kita bercakap? Bagi Fizi tak perlukan.
Cuma yang Fizi tak paham apa masalah sebenarnya? Fizi yang bermasalah atau .......... yang bermasalah.. Fizi pun tak pasti..

Perlukah diluahkan atau disimpan perkara ini, atau jika disimpan Fizi akan merana dan jatuh sakit..Tolonglah Fizi Ya Allah...

21 July 2008

Hilangnya seorang lagi sahabatku.....

Tiba-tiba jer Kak Tini antar sms..."Kak Farah last 25hb ni. Dia dapat PTD. Wat la makan-makan hari jumaat tu." Ya Allah masa tengok sms tue, terkejut gak...Tak sangka Kak Farah pulak tinggalkan Fizi ngan kawan2 yang lain. Yang buat Fizi lagi terasa sebab we are in same group Ingat tak dengan Kumpulan One Republic. hehehe One for All, All for One. Memang tak dapat dilupakan pengalaman masa dalam kumpulan yang sama. Fizi seronok kawan ngan Farah, yang paling seronok bila dalam kumpulan masa kursus intensif dulu. Ramai diantara group2 yang lain tak puas hati ngan jawapan dari ahli group kami termasuklah apa yang Farah cakapkan. Ader yang tak kena pada tempatnya..Yang paling memberi kesan bila pakai ayat "Like a bubble" untuk ayat hyperactive..Memang lawak bila memikirkan kenangan2 lama.
Masa kami buat persembahan untuk hari terakhir, dia berlakon jadi boss Fizi, garang juga dia, nasib baik lakonan dia dapat menyelamatkan lakonan Fizi yang kaku pada waktu itu. Thaks Farah. Farah memang ader ciri2 as a ketua. Walau ada diantara kawan2 yang tak suka cara Farah, itu tak jadi kudis untuk Fizi. Fizi ader hak untuk kawan ngan siapa pon.

Bukan setakat itu jer, Fizi pernah berduet dengan Farah sebagai pengacara untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MQA. Wow..Fizi xsangka duet ngan dia..Memang macam enggang ngan pipit, memang tak sama, tapi kami profesional, masing2 ader dialog masing2, kita just baca je kan Farah? Thanks again Farah.

Lepas ni Farah xder, so siapa nak ganti Farah? Mungkin Farah tiada pengganti, begitu juga dengan Kak Maslina. Untuk batch 17 Mac 2008, Fizi dah hilang 2 orang sahabat. Fizi tak tahu kenapa Fizi terlalu bersedih dengan perpisahan ini? Sebenarnya Fizi memang akan sedih/menangis bila bercakap pasal perpisahan. Biarlah kawan2 nak kata Fizi over atau terlalu sensitif, tapi itu memang Fizi dan bukannya Fizi buat-buat. Tapi adakah kawan2 akan bersedih kalau Fizi pulak yang berpisah dengan kawan2? Jawapan yang terbit dalam hati Fizi ialah TIDAK, jadi benarkah itu?

Opah Fizie...


Nama nenek Fizi, Timah Bte Abdullah(yang pakai baju hijau tu duduk kat sebelah kanan), dilahirkan pada 02 Julai 1929...Opah Fizi tinggalkan Fizi pada 9 Oktober 2003 (74 tahun). Waktu tue Fizi di tingkatan 3 dan bersekolah asrama di Sekolah Teknik Seri Iskandar. Opah tinggalkan Fizi sehari sebelum hari lahir Fizi yang ke-16 iaitu 10 Oktober 2003. Waktu tue Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan Fizi bila orang yang kita sayang meninggalkan kita. Fizi terlalu rapat ngan Opah. Memang Opah ada penyakit seperti kencing manis. Tapi Fizi tahu Opah meninggal bukan kerana itu. Kata doktor, Opah meninggal sebab penyakit tua. Masa tue...


Fizi tidur kat rumah Opah. Subuh tue, Opah bangun nak solat Subuh. Masa tu tiba-tiba je Fizi dikejutkan dengan teriakan Opah mengatakan dapur rumah terbakar. Fizi pon terkejut, tapi bila Fizi bangun memang tiada api langsung. Opah seperti ketakutan. Fizi tenangkan Opah. Opah kembali seperti biasa. Fizi terus bangun dan balik ke rumah. Jarak rumah Opah ngan rumah Fizi hanya beberapa meter sahaja. Sebenarnya rumah yang keluarga Fizi duduk tu adalah rumah Opah, tapi masa tue...xperla lain kali Fizi cerita okkey...Pastue masa Fizi siap nak pergi ke asrama, Opah berdiri kat tepi pintu, pastu Opah cakap "Kamu nak tinggalkan aku ker?" sayu jer suara Opah ketika itu. Selepas beberapa bulan selepas itu mak bagitahu yang Opah dah terbaring jer, tak boleh berjalan. Fizi sedih waktu tu.


Masa Fizi sedang belajar kat kelas, tiba-tiba pembantu pejabat datang. Dia kata suruh Fizi tabah, Fizi pelik, kenapa dia cakap macam tue, tiba-tiba abang Jantan muncul, dia bagitahu yang Opah dah takder..Fizi apa lagi macam nak jatuh pengsan kat dalam kelas tue, semua kawan-kawan pelik. Mungkin sebab diaorang tengok Fizi meraung-raung. Bila Fizi dah tenang, Fizi berlari ke hostel, kemas apa yang patut. Fizi balik ngan abang Jantan. Sampai je kat kampung, terus Fizi berlari dapat mak, bila dah tengok sekujur tubuh terbaring berbalutkan kain putih, Fizi pun menangis sekuat-kuatnya. Mak tenangkan Fizi, mak tahu Fizi sangat sayangkan Opah, mak peluk Fizi, memang Fizi dah macam orang gila. Fizi dah tak hiraukan orang sekeliling. Biarlah mereka nak kata apa pon, tapi Fizi ada yang terdengar, semua kasihankan Fizi sebab semua orang kampung tahu yang Fizi memang rapat sangat-sangat dengan Opah, dan mereka juga tahu yang kami memang sayang sangat-sangat. Abah tiba-tiba sampai, dia pujuk Fizi dan suruh Fizi bacakan Yassin untuk Opah..Fizi memang tak dapat nak membaca waktu itu. Sebab terlampau sedih. Sebelum opah dikafankan, tukang kafan cakap kalau Fizi nak cium Opah boleh, tapi jangan menangis, Fizi terus menangis sebab memang air mata ini mengalir tanpa ada hentinya. Diaorang pun tak bagi Fizi cium Opah...Fizi ikut sampai ke kuburan dan tengok Opah dikebumikan. Sebelum tanah menutup muka Opah, Fizi tengok buat kali terakhir untuk selama-lamanya. Akhirnya penderitaan yang dilalui selama hari ini, telah berakhir bagi Opah.


Fizi masih ingat dalam tahun yang sama, Fizi ada tanya Opah, apa Opah nak bagi masa hari jadi Fizi..Lepas tue, Opah cakap Opah mana ader duit nak beli hadiah untuk Fizi, Fizi pun tahu cuma Fizi bergurau dengan Opah, Fizi teringat semua kenangan yang ada. Banyak masa yang Fizi lalui dengan Opah. Semuanya dalam ingatan Fizi selama-lamanya. Doktor ada cakap juga yang Opah meninggal sebab Opah banyak berhadapan dengan api, yela Opah kan jual lemang di Pekan Sabtu, tiap-tiap minggu Opah buat lemang, tiap-tiap minngu jugalah Opah berhadapan denga api. Kalau Fizi ada, memang Fizi akan tolong, tapi bila Fizi takder siapa yang tolong Opah, tiada siapa yang tolong. Opah memang tabah mengharungi hari-harinya. Fizi tahu Opah kuat semangat. Dan disini Fizi selalu mendoakan kesejahteraan Opah disana. Tiap kali lepas sembahyang Fizi sentiasa panjatkan doa untuk Opah, Fizi harap Opah sentiasa bersama Fizi, Fizi teringin nak jumpa Opah...Tapi bolehkah????

20 July 2008

Apa yang Fizi buat Sabtu dan Ahad nie...

19 Julai 2008
Sepatutnya hari ini hari pertunangan Kak Ida anak ayahwe, tapi Fizi xpergi pon...Memang langsung xder rasa nak pergi sebab mengenangkan macam mana keadaan Fizi masa dok kat umah mereka tempoh hari ini..Fizi bangun masa tu dah kul 10.30 pagi, terus buka langsir, bukak tingkap biar ader cahaya masuk sikit. Memang seronok tengok cahaya dari luar, menambahkan seri rumah yang suram ni..Bilalah agaknya rumah ni nak berseri? Tak tahula..Fizi pon terus mandi, memang xder mood nak masak, tapi kelmarin Fizi dah beli santan ngan sayur2an. Rugi pulak kalau x dimasakkan. Lagi pulak kalau tak masak, lapar la perut ni...hari ni yang ada kat rumah pon cuma Pidut ngan Bahrain. Mus dengar cerita pergi Putrajaya, jumpa kekasihnyer, Farid pulak macam biasala mesti balik umah saudaranya di Putrajaya tue..Bahrain pulak akan ke kelas Bahasa Inggeris dia. Baguslah, atleast seperti yang dia pernah cakap, dier ader cita2 nak jadi pegawai..Fizi sokong Bahrain dari belakang ok. Pidut pulak mesti ngan games onlinenyer..Fizi pulak ngan aktiviti suri rumah tangga la. Lepasandi terus Fizi ke dapur, bersiap sedia menjadi PAH BEDAH..huhuhu..Fizi nak ceriakan hati sambil masak tu Fizi pon nyanyi..Fizi tak tahu nak masak apa sebenarnya. Fizi pon mulakan dengan memotong. Bawang, garlic, halia..Bila dah potong tue, Fizi masak nasi. Pastu Fizi decide masak sambal tumis je..Tu pon main hentam keromo.Fizi potong sayur kobis ngan kacang buncis. Jadi masaklah sambal tumis sayur2..huhuhuhu, jadila asalkan boleh melapik perut. Nak beli makanan pon duit kat dalam wallet tak sampai +- RM20.00, bukan boros tapi kan dah hujung bulan ni, malas nak keluar lagi duit yang ada. Fizi siap masak dalam kul 12.00, Fizi terus online, check Friensdter, Myspace. Sampailah ke Zohor. Pas sembahyang terus dok depan laptop. Sampailah ke malam. Memang Fizi xkeluar g mana2 pon..


20 Julai 2008
Hari ini pulak, lagila lambat Fizi bangun, pukul 11.30 pagi, apa lagi macam lipas kudung la bangun, terus masak (masak lagi, dah macam rutin harian pulak). Entahla nak kata Fizi merungut kena masak untuk kawan2 tak pulak. Mungkin Fizi dah terbiasa kerja yang macam tue. Hari ini Fizi masak kari ikan...Memang best sebab Fizi sendiri suka makan kari. Bila dah siap masak terus tengok Melodi. Pidut ngan Bahrain kemas bilik hari ini, mungkin sebab dah terlalu bersepah kot. Fizi pon dengan aktiviti Fizi jer. Sampaikan Pidut ngan Bahrain kata Fizi dah sombong sebab dah kurang cakap ngan mereka, bukan apa Fizi ni macam x boleh nak join dengan cerita yang diaorang sembangkan..hehehe.Maafla ek Pidut, Bahrain bukannyer Fizi sombong. Fizi still lagi kawan korang...Petang tu tengok cerita Sumpah Pontianak yang Maria Menado berlakon tue, tapi Fizi tak khusyuk tengok pon sebab kepala otak Fizi ni melayang memikirkan soal NAIMAH..Naimah??Siapa Naimah??Hehehe, xper nnt bila dah pasti yang Fizi nak cerita, Fizi cerita ok. Dan sekarang ni jam dah pukul 8.30mlm, Fizi masih di depan laptop ni..hehehe, baru je pas solat maghrib. Sekarang ni Fizi nak berubah jadi yang lebih baik sebelum2 ini...Fizi nak jadi Fizi yang baru..Tadi angah telepon, hehe rindu ngan mak, dengar cerita, angah nak berhenti sebab kedai dia nak bankrup..Takper la angah, perlahan2 ek, nnt yeop tolong angah cari kerja tahu. Biar kita sama2 bole bantu family kita yang susah tue. Yeop kat sini pon sanggup ikat perut sebab yeop nak mak, abah, angah ngan adik2 senang. Nanti bila yeop dah ader rumah sendiri, yeop nak ajak mak, abah, angah ngan adik2 tinggal ngan yeop tau....

Let's do S.I.N.G

Jom SING...hehehe bukan nyanyi la...Itu cara mempertahankan diri...Fizi pon rasa macam seronok je nak belajar SING...Mesti ada diantara kawan2 yang tahu apa itu SING dan mungkin ada yang kurang pasti kan...Biar Fizi pula ajar kawan2 SING okkey

S...untuk STOMACH

I...untuk IN STEP

N...untuk NOSE

G...GROWING


Hehehe..bila Fizi tengok cara mempertahankan diri menggunakan 4 perkataan ni. Tak kira lelaki mahupun perempuan dunia, kita harus tahu cam mana nak mempertahankan diri. Lelaki pon dah tak selamat tau kawan2. Lelaki pon boleh dijual, apatah lagi yang perempuan so kat sini biar Fizi terangkan macam mana nak buat SING okkey


Pertamanya S(Stomach) iaitu perut, kalau perompak/perogol/atau siapapon yang menyerang kita, kawan2 tumbuk perutnya..Tumbuk sekuat hati tau, so bila perutnya sudah ditumbuk pastinya dia akan merasakan kesakitan.

Kemudian pijak kaki I(IN STEP)..mesti dia dah tak boleh bergerak selepas tue,jika dia masih merangkul kawan2 kawan henyak N(Nose) dia...dia akan merasai kesakitan yang teramat sangat kerana di bahagian hidung tiada tulang dan mempunyai urat saraf yang sensitif, dan bila bercakap tentang sensitif, bahagian G(Growing) adalah bahagian yang sensitif. Jika mereka merangkul kawan2 dr belakang, gunakan siku untuk menyiku bahagian sulit tertabit. apabila semua bahagian ini telah dipukul, disiku, atau dihenyak...Kawan2 selamatkanlah diri..Fizi berani cakap sebab memang cara ini berkesan...Tak percaya? Cubalah....

19 July 2008

Life Never Been Sweetiest

According with..wakakaka..Tak pandai la nak speaking huhuhuhu


Life never been sweetiest. Memag betul, tak ade yang manis sebenarnya dalam dunia ni. Kalau ader pun gula, gula-gula, ngan kencing manis. Kencing manis? Manis ker? hehehe..sebenarnya apa yang Fizi nak cakap dekat sini dunia ni bersifat sementara. Walaupun sementara tapi kan ada diantara kawan2 Fizi yang cuma faham dari segi perkataan itu aja..tak oernah nampak mereka nak mendalaminya. Kawan2 faham tak maksud perkataan sementara Fizi ni? Maksudnya dunia ni dipinjam kepada kita sementara hayat kita masih ada. jadi apa yang kita perlu buat? Kita kenalah penuhkan dada kita ni dengan ilmu akhirat. Walaupun Fizi pon x pandai nak bercakap dalam bab ini, tapi Fizi masih ada hak bersuara untuk menasihatkan kawan2 Fizi. Fizi nak bagi contoh: SEMBAHYANG




Sembahyang/solat...Sebenarnya tak susah pon nak buat kan..Bukannya sepanjang hari tapi hanya 5 waktu sahaja. Tapi masih ada diantara kawan2 Fizi ni yang tak faham maksud perkara ni sebenarnya...Yelah cuba bayangkan bagi lelaki, kalau dia dah nak kahwin tapi pegangan agama dia pon lemah, macam mana dia nak didik isteri dan mungkin anak-anak dier satu hari nanti? Cuba kawan2 bayangkan...Tambah pulak lagi kalau bakal isteri juga xder pegangan agama. Lagi la susah..so pada kawan2 Fizi yang tak buat tu, tolongla tunaikan sebelum terlambat. Bukan apa, Fizi xnak diakhirat nanti, Fizi dituduh bersubahat kerana tidak menasihati kawan2 Fizi kat luar sana. Jadi Fizi jadikan blog ni sebagai pengantara Fizi ngan kawan2. Jadi, bila kawan2 baca blog Fizi, harap timbul sedikit keinsafan ek, sebab kita tak tahu apa yang bakal berlaku selepas ini, dan bila tiba waktunya untuk kita tinggalkan dunia ini, dan bila dah terkeluarnya roh dari jasad kita, tiada apa lagi yang mampu kita buat melainkan membawa amalan-amalan yang telah dilakukan di dunia ini.




Fizi tahu, ilmu Fizi pun tak banyak, tapi tak salah kalau Fizi kongsi ngan kawan2 apa yang Fizi tahu kan...Jadi kita harus berubah sekarang, jangan tunggu esok kerana masa tidak menuggu kita, kita yang kena bijak mengaturkannya......

18 July 2008

Untukmu Sahabatku


Hari itu, dua orang sahabat baik mengembara meninggalkan kampung mereka bagi mencari tempat yang lebih makmur untuk memulakan penghidupan baru. Setelah sehari berjalan, tiba-tiba tercetus perselisihan faham antara dua sahabat itu ketika mereka sampai di sebuah persimpangan. Sahabat pertama, yang besar dan tegap tubuhnya tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mereka mengambil simpang ke kiri. Sahabat yang ditampar tadi terkejut. Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.

Air matanya bergenang. Sahabat yang kurus dan kecil badannya itu termenung seketika. Dia mengambil sebatang kayu, lalu memandang ke tanah. “HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU” tulisnya di atas pasir tempatnya berdiri. Mereka terus berjalan meredah hutan dan bukit, hinggalah sampai di sebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar. Dua sahabat itu meneguk air sungai tersebut dan kemudian, mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.


Entah bagaimana, tiba-tiba sahabat yang berbadan kecil serta kurus itu tergelincir dari atas batu tempatnya berdiri, lalu dihanyutkan arus sungai yang deras. Hampir sahaja sahabat ini lemas. Tapi dia bernasib baik kerana sahabat yang berbadan besar dan tegap itu berjaya menyelamatkannya.

Di atas tebing yang dipenuhi batu-batu besar itu, sahabat yang berbadan kurus mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang telah menyelamatkannya. Kemudian dia menulis pada permukaan sebongkah batu besar berhampiran sungai tersebut dengan perkataan
“HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU”
Sahabat yang berbadan besar itu terpinga-pinga. Dia bertanya, “Selepas aku menampar mukamu, kau tulis di atas pasir. Sekarang, selepas aku selamatkan kau dari lemas, kau tulis pula di atas batu. Kenapa?” Jawab sahabat yang bertubuh kecil, “Apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan di atas pasir supaya ia akan terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita, nukilankannya di atas batu supaya angin kemarahan tidak mampu memadamkannya…

17 July 2008

"Ada share ker"

Memang kalau kawan2 tengok tajuk post yang ni pelik sikit, tapi nak cerita sikit tentang perangai pegawai baru batch ke-4 ni. Yaa Allah bukan main lagi...huish kalau diikutkan hati memang Fizi nak menjawab kat dia ni... Macam ni ceritanya...
Pada Isnin (14 Julai 2008) kat tempat kerja Fizi ni adalah dianjurkan Kursus. Tak payahlah Fizi bagitahu kursus apa, dan sebelum itu, bagi nama yang disebut kan ini minta maaf ye. Fizi pon xpasti apa masalah ngan mamat sengal ni. Waktu tu dah masuk waktu lunch. Bos dalam unit Fizi puasa, jadi beliau dengan senang hati menyuruh Fizi pergi ke cafe untuk menggantikan beliau, kira macam menggantikan tempat beliau kerana beliau berpuasa. Mula-mula memang Fizi taknak ambil sebab Fizi tak involve dalam kursus mahupun sebagai peserta ataupun sebagai urusetia. Tapi disebabkan boss Fizi ni memang baik hati, jadi Fizi pun pergilah turun ke cafe nak mengambil makanan. Tapi tengah dalam nak mengambil lauk tu, adalah mamat ni, dengan muka tak puas hatinya, maka berkatalah dia dengan nada riaknya "ADA SHARE KER?" tiba-tiba terasa darah dalam badan ni berhenti mengalir, jantung pun terhenti...Bole dia cakap macam tu?
Sebelum tu Fizi memang dah cakap pada urusetia berkenaan yang Fizi nak ambil lauk yang ada. Urusetia tu pun dah bagi green light suruh ambil, lagipun katanya lauk tu banyak lebih, daripada dibuang baiklah disedekahkan pada yang nak. Lagipun Fizi dalam unit yang sama. Apa lagi pas dia cakap macam tu terus Fizi jawab " Ader la kenapa? Kalau xder orang suruh ambil aku xnaqk ambil!!!" Fizi jawab macam tue je la. Pas ambil lauk terus Fizi masuk opis makan kat pantri ngan boss Fizi yang lagi satu nie..
Bila dah macam tu memang Fizi dah taknak dah ambil apa2 makanan lagi. Baik beli. Tak kisahlah mahal janji hati tak sakit! Ni nak pesan sikit pada yang berkenaan, walaupun awak tu gred N27, jangan anggap awak tu dah besar sangat...Tak semestinya perlu nak kurang ajar. Nanti orang cakap, belajar je tinggi tapi budi bahasa punah!! Walaupun Fizi ni N17, tapi Fizi pon ader perasaan jugak. Walaupun dipisahkan ngan gred yang sebegitu, kita nasih lagi sama2 manusia.
Dan terima kasih kepada Boss Fizi yang suruh Fizi ambil makanan tempoh hari. Agaknya kan, mesti dia tu jenis makan sampai 2,3 pinggan kot. Tu yang tak bagi outsider ambil makanan itu.Tak payahlah nak lebih kuah dari sudu ok....

One in a million / Kau diantara berjuta

You're one in a million
You're one in a million

Sometimes love can hit you everyday
Sometimes you can fall for everyone you see but
Only one can really make me stay
A sign from the sky said to me

You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above
You one in a million
You're once in a made me discover one of the stars above us

I've been looking for that special one
I've been searching for someone to give my love
And when I thought that all the hope was gone a smile, there you were and I was gone

I always will remember how I felt that day
A feeling indescribable to me
Yeah
I always knew there was an answer for my prayer
And you, you're the one, the one for me

In the beginning I was cool and everything was possible
they tried to catch me but it was impossible
Nobody could hurt me it was my game
Until I met you baby and were the same
You didn't want me, I wanted you
Because the funny thing bout it was I like the show
I like it when its difficult I like it when its hard then
You know it's worth it when ya found your heart
Find you're heart

You're one in a million
OhYou're one in a million

Dalam bahasa melayunya kau adalah satu dalam berjuta. Ini bermakna hanya dia diantara insan berjuta yang di...Fizi pon x pasti samada dicintai atau apa2. Tapi bagi Fizi ia sebenarnya menggambarkan diri Fizi sendiri. Yup Fizi memang merasai yang Fizi cuma Fizi, tiada dua, tiada tiga...hehehe..cuba cakap siapa yang boleh jadi Fizi?Ada ker? Atau ader ke yang nak jadi macam Fizi? Ader ker? Klu ada tu mesti silap pilih la tue..Kalau jadi Fizi apa yang kawan2 dapat? Dapat malu adala..Cakap pasal malu kan, Fizi cerita pada kawan2 semua pasal ada yang malu nak kawan ngan Fizi sbb Fizi sperti ini. Seperti ini? Maksudnya?
Ala, buat2 tanya plak, mana yang kenal Fizi ni tahula peramgai Fizi macam mana kan...Tapi mungkin sebab malu bukan kerana perangai tapi kerana jiwa Fizi unik sikit..huhuhu..Dan cakap tentang UNIK, ader seorang budak ni kata Fizi ni UNIK..Memang tak macam orang lain..Fizi dah faham dah maksud UNIK dia tu, tapi biarkanlah..

Ader ker orang kat dalam dunia ni nak dilahirkan dalam keadaan kurang sempurna? Mana ada kan? Semuanya nak perfect dari hujung rambut sampai hujung kaki, dari luar hinggalah dalaman..Mesti nak perfect sentiasa. Tapi kita tahu tak sebenarnya jdi insan yang kurang sempurna ni banyak keistimewaannya. Tapi Fizi bukan cakap pasal OKU atau Sindrom Down people, tapi tentang kekurangan seperti Fizi. Tak dapat nak dikelaskan macam mana, tapi mana yang dah kenal Fizi mesti tahu apa yang kurang pada Fizi. Tapi Fizi tak pernah nak menyalahkan takdir. Allah itu Maha Adil untuk mengatur kehidupan hamba-hambaNya. Selama 21 tahun Fizi hidup, Fizi jarang nampak keikhlasan orang yang nak jadikan Fizi ni sahabat mereka. Tapi yang sebenarnya mereka ingin mengambil kesempatan atas keistimewaan disebalik kekurangan yang Fizi miliki. Fizi bercakap begini sebab Fizi dah banyak pengalaman. Disebabkan perkara sebegini Fizi x ramai kawan sbb Fizi menjadi seorang yang memilih. Tapi dalam pada itu, ada juga disebalik mereka yang mengambil kesempatan, terselit insan yang memahami isi hati Fizi. Fizi tak minta dikasihani, tapi tolonglah beri sedikit penghormatan unuk diri Fizi sendiri. Fizi pon nak hidup dalam dunia ini dalam keadaan bahagia, gelak ketawa dan bergembira...Adalah kawan2 sahaja yang inginkan keceriaan itu? Fizi juga memerlukannya.

Aku berfikir dalam kekosongan

Entahlah... dalam pada aku berfikir tu aku sendiri tidak tahu apa yang aku fikirkan...

Tapi aku rasa yang aku sedang berfikir tentang bayak perkara. Kerjaya aku, sahabat aku...Tapi tentang sahabat yang buat kepala otak aku ni runsing... Adakah aku yang tak pandai berkawan atau kawan2 aku tak pandai mengahrgai aku? Jadi mana yang sebenarnya? Aku sendiri tidak tahu dimana aku harus mulakan. Dan jika aku meluahkan disini, apakah tanggapan mereka? Perlukah aku menjadi mangsa dalam semua keadaan? Perlukah aku berdiam diri di kala aku patut melakukan sesuatu? Atau mungkin kerana aku tidak 'sekuat' mereka, jadi mereka bertanggapan yang aku tidak punya hak untuk bersuara? Adakahmereka tidak pernah terlintas untuk memikirkan apa yang aku sudah lakukan untuk kesenangan mereka? Tidak pernah aku melihat mereka seperti ingin membantu mahupun simpati atau menghulurkan pertolongan terhadap apa yang aku lakukan. Dari air muka mereka sendiri, tidak menampakkan yang mereka mempunyai perasaan. Apa yang aku dapat hanyalah bunga2 bahasa yang keluar dari mulut masing2 yang kononnya cuba untuk menampakkan seperti mereka punya hati untuk menolong tapi sebenarnya..hanya untuk berpura-pura..

14 July 2008

Bawang Merah Bawang Putih

Fizi nak cerita ttg Bawang Merah Bawang Putih, boleh???Hehehehe...Lorr bukan bawang yang buat makan tu, tapi kisah dua gadis cantik kat TV3 satu masa dulu...Dah lapuk?? Hish xderla mana ada lapuk, kan sekarang dah ulang balik kat TV3 rancangan tu...Tau tak knp?? Sebab jalan cerita yang ditunjukkan adalah menarik....Tahu tak...Fizi beli ketujuh-tujuh box VCD cerita ini...1 box harga dier RM69.90 so darabkan ngan 7 box...harga dier +/- RM490.00, tengoklah betapa Fizi meminati cerita itu sampai sanggup beli VCD cerita tersebut..Tapi yang nyata adalah Fizi tak pakai duit mak ngan abah tau..Fizi pakai duit sendiri, masa kerja kat Chicken King Perak dulu...
Okkeyla Fizi nak cerita sedikit tentang watak yang ada dalm cerita itu ek...



Ini hero dier...Nama sebenar dier ni Dimaz Adrean, tapi dalam sinetron Bawang Merah Bawang Putih (BMBP) ini dia mendukung watak sebagai Ferdi, kiranya dialah hero dalam sinetron ni. Dalam episod 1 lagi si Ferdi ni dah muncul. Kemunculannya adalah sewaktu Alya si Bawang Putih ditolak oleh geng jahat si Bawang Merah ni. Wow memang romantik. Ferdi menyambut Alya, ketika dia terjatuh dari basikalnya...Dari situlah dah munculnya Ferdi sebagai hero kacak yang menyelamatkan puteri kesayangannya. Ferdi dalam cerita ini sebenarnya tak punya pendirian yang tetap. Kiranya dia ni senang sangat untuk ditipu. Tambahan pula, dalam keadaan yang suatu ketika, dia hilang ingatan, dengan senangnya dia dipengaruhi. Ferdi tinggal bersama makciknya Mirna. Seorang anak yatim piatu yang mewarisi segala harta kekayaan milik Papanya...


Ha ni kenal tak?? Nie la insan yang selalu teraniaya tu. Alahai Alya (Revalina S. Temat), kenapa Alya??Bukan Bawang Putih ker?? hehe. Memang nama dia Alya Indra Pratama la. Dia diberi jolokan dengan nama Bawang Putih sebab dia berlakon pementasan drama itu waktu di sekolah dan memegang peranan sebagai Bawang Putih. Mula-mula berlakon pementasan je, sapa sangka pastu dia ni betul-betul terseksa macam Bawang Putih tu. Memang kasihan melihat Alya teruk dibuli oleh ibu tiri dan saudara tirinya. Alya muncul sebagai seorang gadis yang taat pada perintah ibu-bapanya, kira semua nila-nilai murni ni ada pada dia ni la. Anak kesayangan Yasmin dan Indra Pratama ini, amat aktif disekolah dan digelar sebagai Einstein oleh kawan-kawannya kerana kebijaksanaannya. Tapi entah dimana silapnya, perkahwinan bapanya bersama ibu tirinya menjadikan hidup Alya cuma berbahagia selama 14 episod sahaja, dan episod seterusnya adalah episod yang penuh penyeksaan dan penderitaan buat Alya. Bagi Fizi, Alya ni sangat-sangat lemah, hidupnya terlalu bergantung kepada keistimewaan yang diberikan kepadanya iaitu memperolehi seorang 'kawan' dari dunia lain, Puteri Cahaya, dialah yang digambarkan sebagai orang yang membantu Alya di kala dia kesusahan.

Yang ni pulak?? Takkan tak kenal kot. Hanya kerana gara-gara satu laporan di dalam koran (surat khabar) yang mengatakan pementasan BMBP berjaya dipentaskan, dia menjadi amat marah. Menjadikan beliau sebagai pemula episod dengan plot yang beliau sedang membaca koran yang tertulis tajuk "PEMENTASAN BMBP BERJAYA DIPENTASKAN" menjadikan beliau semakin menggelegak, gara-gara pementasan itu Siska (Nia Ramadhani) digelar Bawang Merah hingg tetes akhir hayatnya. Dendamnya bermula gara-gara itu, adakah logik hanya kerana pementasan itu, Siska patut membuat tetangganya merana? Walhal ia cuma pementasan. dan memang tabik spring buat Nia yang berjaya menghayati watak yang diberi dengan sepenuh jiwa.




Ha inilah dia pendukung watak yang menyebabkan semua ibu-ibu tiri yang ada di dunia ini ditakuti..wakakakaka..Pernah diserang sekumpulan gangster gara-gara kejahatan yang dilakukan dalam sinetron itu. Lihatlah betapa berkesannya watak yang didukungnya.. Pembawa nama Helsi Herlinda ini memegang peran sebagai Rika Sumanto yang taksub pada kekayaan dunia. Dengan trademarknya yang suka menjegil mata, bercakap denga suara yang tinggi dan suka meggelarkan orang yang dipanggilnya dengan gelaran yang macam-macam contohnya "cecungut", "dasar bajingan", dan macam-macam lagi. Helsi berjaya watak ini, dan Fizi yang membuat Fizi nak beli VCD ni adalah sebab suka untuk melihat cara Helsi berlakon. dan ada sampai satu tahap yang Fizi sebenarnya mahu menjadi seperti Rika... Hahahaha..Kira cam kejahatan dalam diam...xder saper yang tahu...Walaupun pada akhirnya Rika mati dalam keadaan yang menyedihkan, tapi cuba kira, cuma satu episod sahaj yang menunjukkan kejatuhannya...Kiranya episod yang selebihnya dari 108 episod itu, Rika dan Siska anaknya, melalui zaman yang gilang gemilang.....

Itulah serba sedikit tentang cerita BMBP, ada juga yang kata ending dia ni hanya MIMPI, tapi sebenarnya tak...Apa yang buat Fizi minat tengok cerita ni sebab masa tiap kali penghabisan episod, mesti ada kata-kata azimat, pastu wujudnya cerita ini bukanlah untuk buat anak-anak muda yang ada ni mengikut bahagian-bahagian yang tak boleh diterima akal tu, tapi adalah untuk menasihati kita semua yang kejahatan tu sebenarnya hanya bertahan sementara sahaja, tengoklah azab yang diterima oleh mereka yang bertindak kejam itu..apa yang terjadi pada Benny, Oma Bertha, Siska dan Rika, masing-masing menerima hukuman atas perbuatan masing-masing, cuma kita sendiri tidak tahu cepat atau lambat sesuatu balasan itu untuk Allah turunkan pada hamba-Nya.
Kalau ada apa-apa soalan untuk sinetron ni, nanti tanya pada Fizi ek, manala tahu, yang musykil-musykil tu bolela Fizi tolong...da..da Jumpa lagi...

13 July 2008

Hari yang memboringkan...

Alamak...Dah hari Ahad rupanya...

Esok dah keje, sekejap je cuti kan..yang buat lagi nampak sekejap tu sbb bangun tidur pon dah pukul 11.45pg..wow dah macm sleeping beauty plak..kehkehkeh..lagi tak nampak cahaya matahri menyusup ke dalam umah,selagi tu la mata ni tertutup rapat..Bangon je pagi ni, terus mandi...pas dah siap apa lagi rutin harian ku adalah memasak...
nasib baik ikan semalam dah Fizi siangkan awal2, kalau tak lambat la nak makan...terus je rendam pas tu masak nasi, Fizi masak 3 pot je sbb yg tinggal kat umah Pidut ngam Mus je, Bahrin ngan Farid balik kampung..potong bawang, halia, garlic pastu terus buat sambal tumis ikan ngan sayur tumis..menu yang ringkas dan senang untuk dibuat...pastu kami pon makan beramai2...Pas makan Fizi pon apa lagi, terus tercongok depan laptop ni..bukan apa tengok citer yg dah download malam td. Citer Miss Congeniality...Ala yg Sandra Bullock berlakon tu..mmg best..malam tadi tgk no1 punyer, petang ni tgk no2 plak..mmg best dan Fizi sallute dgn jalan cerita dier...
Fizi mmg teruja la tgk citer tu..huhuhuhu..Bika dah habis tgk terus Fizi tunaikan Solat Zuhur..huhuhu..Kenala tunaikan jugak...Tuntutan Islam..Bila dah habis tgk tu, barula Fizi bula blog ni dan menulis untuk tatapan korang..hehehe..
Thanks who yang support Fizi selama hari ini... ni Fizi selitkan pic Miss Congeniality okkey.






12 July 2008

Last Day with Kak Maslina







Fizi just nak tunjuk gambar masa last day Kak Maslina berada di MQA..Fizi ngan yang lain2 akan sentiasa merindui akak okkey...

Melara Jiwa

Salam semua…

Dah lama Fizi tak menulis, semuanya gara2 kerja hakiki di MQA ler… Tapi xper lagipun tu kan sumber rezeki Fizi kan…Hmm nak cerita apa ek arini??? Bila dah lama tak menulis memang bayak benda yang nak diceritakan…hehehe..Fizi ni pulak kalau dah menaip tu, mmg panjang lebar la jadinya.. Okkeylah…Fizi nak cerita pasal Fizi balik kampong pada 4 Julai ari tu…Fizi balik naik bas Plusliner…Fizi mintak keluar awal ari tu, kuar pukul 5ptg. Bukan apa takut tertinggal bas… Sampai kat Pudu pukul 6.00 kiranya lagi setengah jam bas Fizi dah nak jalan..Masa tgh tunggu nak naik bas tu aderla sekumpulan “awww” ni nak naik bas…Bukan main gedik lagi..Hish tak tahula apa nak jadi…As long dorang tak kacau Fizi malas nak amik tahu..Biarkan aje, harap one day nnt dorg berubahla insyaallah…Pukul 6.30 bas pon memulakan perjalananya, dan Fizi sampai kat umah dalam pukul 10.50 kalau tak silap la..Abah amik kat simpang empat…Nasib baik la ader penumpang lain yang turun kat tempat Fizi berhenti tu, kalau tak seram jugak nak tunggu sorang2..dah malam la katakan…Abah pon nasibla sampai dalam masa itu juga…Sampai je kat rumah terus Fizi salam tangan mak. Adik2 pon melompat tgk abg dier yang sorang ni dah balik…Semua bersalaman ngan Fizi. Kalau dah sampai pon malam, paham2 je la badan ni….Pas mandi terus je tidor….

Esoknya (5 Julai 08)… Fizi bangun lambat sikit…Yelah dah cuti namanya..Lagipun xder nak buat aper just lepak kat rumah pada belah paginya…Emak pulak pergi umah Pak Cik Ali sbb anak dier baru pas habis pantang…buat istiadat “NAIK BUAI”..apa itu naik buai??xper next blog plak fizi cerita ek…bila tengahari mak pon balik..siap tapau bubur anak lebah ngan lauk pauk lagi tue..kat kampong mmg macam tu..bila ader lauk pauk lebih mesti diberi pada org2 kg yg terdekat untuk bawa balik…Yelah dr membazir je baik la bagi pada sedare kan..Petangnye plak Fizi ikut abah pergi cari durian..mula2 malas nak pergi tapi bila difikirkan keseronokkannya, Fizi pon follow ngan adik Fizi yg nama dier Fizin…Fizi bawa dier sbb Fizi ni tak reti nak bawak motor yang kat umah tu…susah sikit, Cuma yg pakar jet au..huhuhu…Banyak juga kebun durian yg abah jaga…Kebun We Arie pon abah jaga, tupun sekojap je sbb We Imah ngan We Ari g Indonesia..Sampai je kebun teruslah Fizi, adik Fizi ngan abah memulakan xpdc mencari durian…Mmg memalukan sbb Fizi je yg tak jumpa durian,hehehe adik ngn abah bukan main cekap lagi mata diaorang…jalan je terus jumpa, yang Fizi ni punyalah kais2 rumput tapi satu pon tak jumpa..malu je..dah makan reti nak cari plak tak reti..heheheh…Pastu abah pon tunjuk la kebun kitaorang..Ya Allah byknyer pokok durian, ader 13 pokok semuanya. Itu tak dikira lagi berapa biji buah yang ader. Memang jenuh nak makan..huhuhuhu..Balik je rumah, nampak mak tgh kopek durian untuk dijadikan tempoyak. Fizi apalagi terus duduk depan mak pastu minta kupas kan durian yang sedap..habis 3 biji durian Fizi bantai..Malam tu apalagi badan ni kepanasan la..mmg x boleh nak tidur..huhuhuh

Hari Ahad pulak fizi kemas2 barang nak balik PJ balik…Rasa macam sekejap je…Yela mmg slalu cam tu bila time seronok memang masa berlalu terlalu cepat…Fizi pon mintak mak kupaskan durian sbb Fizi nak bawak balik…Pastu mintak tempoyak sikit sbb nak wat tempoyak kat umah..Petang tu Fizi naik bas kul 6.15, angah yang antar g bus stand. Fizi pon cium tangan mak ngan abah pastu adik2 sekali…