02 April 2013

:: secret admire ::

Tengah seronok menjahit tetiber teringat kata2 kak zie, teman sepejabat yang kata blog aku ni dah lama x update. Samada aku dah xder masa untuk ini atau aku dah semakin busy dengan kerja kat opis dan juga kerja yang menunggu kat rumah...demi memenuhi permintaan kak zie yang best tue, jadi aku pon mekuangkan lah sedikit masa aku menghapdet blog aku ni guna tab aku, dan guna tab ni amatlah x bestnye bilernnak menghapdet...huhuhu

Aku xsure sejak biler perasaan ni timbul, tapi aku rasa masa start mata aku bertentang mata ngan dia masa dalam perjalanan nak pergi kerja.

Aku adalah seorang lelaki yang susah untuk menyukai sosok seorang wanita, tapi entah mengapa dengan jujurnya aku mengatakan yang hati aku tertarik tika terpandang dia pada pagi yang hening itu, adakah ini cinta pandang pertama? Ecececece geli tekak weh, tapi betul...aku rasa lain hahaha...dan aku harap biar aku sorang jer yang rasa..tapi dalam masa yang sama, aku nak la share ngan korang kan..ataupon ni cuma cinta monyet dan yang seangkatan dengannya? Dan aku berani cakap yang aku menyukainya dan hanya memandang dia dari jauh..

Hahaha, aku rasa korang dah mula menyampah kan sebab aku masih belum bagitahu sapa dier gadis itu. Tapi sebelum aku teruskan cerita ni, korang rasa layak ke aku untuk menyukai dier erk? Seorang mamat kampung yang hanya bekerja di bandar besar demi membahagiakan ibu dan adik-adiknya dan  menjadikan kebahagiaan dirinya adalah perkara yang terakhir? Dan aku tahu ramai yang akan kata layak sebab cinta tu kan milik setiap insan [tetiber aku teringat kata kata kak fizah bidin siang tadi "jangan serah sepenuh hati kita dalam apa jua keadaan"] so aku anggap aku pon sedang melalui fasa entah aper2 ni [patutlah muka makin ditumbuhi jerawat erk...mungkin jerawat gatal] hihihi

Ok ok ok...aku nak citer dah nie...panjang plak aku punyer intro kan...hiihhhihii...sori, nila masalah bila aku dah mula menulis [susah nk berhenti dan pasti nk panjang berjela]

Pagi tu [aku tak ingat berapa hb], sedang aku ambil selekoh dekat area pasar kat rumah aku, aku terpandang sebuah motosikal yang sedang dibawa oleh pakcik ni dan tika mata aku menyorot ke arah moto tu, sepasang mata yang sedang membonceng dibelakang pakcik itu memandang aku dan sosok wajah itu amat2 lah aku kenali secara luarannya [korang yang satu opis ngan aku mungkin kenal dan mungkin tidak..tapi aku rasa yang satu floor ngan aku pastilah kenal dier] haaaa saspen ler tue kan..hikhikhik...jap nanti baru aku bagitahu saper....kemudian, biasalah kan, aku naik kete dier naik moto [yang bawak dier tu ayah dier..sebab aku dah tanya sendiri..hahaha giler bapak berani kan..x pernah berani sebegini] so aku dah semakin jauh ngan dier...dan tiba simpang keluar ke NPE aku nampak dier lagi dan dier masih memandang aku [mungkin dia nak memastikan yang itu aku atau aku jer yang rasa dia pandang aku kot..tapi memang dier pandang aku la...aku ingat lagi..] dan masing2 terpisah di lorong NPE itu sebab bapak dier bawak lalu ikut laluan moto dan aku ikut laluan kereta yang penuh dengan kesesakan itu [ sesaknyer jalan raya tue, sesak lagi jiwa aku menahan tanda tanya...hahah]

So sepanjang perjalanan tu, aku pon terfikir fikirkan dia...tercari cari jugak dier [walau aku tau memang xkan nampak la kan] TAPI....TAPI kalau kata dah jodoh tu takkan ke mana kan...aku nampak dier di laluan jejantas untuk motor tue..hihihi [ PERASAN!!!!!!]

So sampai ajer kan opis, xderlah aku menampakkam kegedikkan aku tue, tapi aderla jugak aku cerita pada geng aktivis pasal gadis yang aku TERminat tue...boleh plak dorang gelakkan aku..ceh..tak cayalah tue yang aku mula menyukai gadis hahahaha...[mungkin sebab sebelum ni aku tak pernah tunjukkan rasa suka aku tu pada perempuan kan] tambah plak dorang kenal aku ni temeng sikit hahaha...

Dah dapat agak ker sapa dia? Of course la tak dapat kan, sebab aku tak bagitahu siapa orangnya [kalau tahu pon mungkin la geng2 aktivis aku ajer] ...dan sori la yer...aku rasa lebih baik aku rahsiakan namanya sebab aku taknak la dia malu kalau semua orang bertanya pada dia dan aku tak naklah nanti aku memalukan diri aku kalau korang tanya dia dan dier cakap dier tak suka aku...hehehehe...

Aku rasa cukup kot aku ceritakan tentang gadis yang aku secret admire ni..tapi senyuman dier memanh manis dan dia sangat comel dan kalau dier sanggup meranduk lecah bendang ngan aku masa kat kampung nanti...aku ok jer hahaha [dah jauh pikir tu fizie...haahaa]

Sekian.....

Prosa kata
Temeng : senget, kurang betul sikit atau gila-gila
Meranduk : mengharungi;
Lecah : tanah sawah yang berair dan berlopak

Dapat teka ker sapa dier? Kalau dapat bagitahu erk, :-) xoxo

No comments:

insta