27 August 2014

Nursing Cover Reversible (Boning + Slider)

Assalamualaikum w.b.t

Seperti yang fizi janjikan sebelum ini...disertakan batch terbaru Nursing Cover...jika berminat boleh whatsapp ataupon emel kepada fizi okey


RM 40.00/pcs [siap jahit] + RM7.00 postage fee


Material : Cotton

Size : 38x26


1. Pilih 2 (dua) design/corak/pattern kesukaan anda, samada design/corak/pattern yang sama (selagi masih ada stok).
2. Maklumkan kepada saya design/corak/pattern yang dipilih dan saya akan maklumkan semula jika masih ada stok atau tidak.
3. i. jika ada dan berminat boleh proceed kepada pembayaran
ii. jika tiada, boleh pilih design/corak/pattern yang lain.
4. Selepas bukti pembayaran dihantar kepada saya (melalui whatsapp/emel), saya akan jahit nursing cover tersebut (tempoha masa jahitan selewatnya 2 - 3 hari bergantung kepada jumlah tempahan yang diterima pada satu-satu masa.
5. Nursing cover akan dipos sebaik sahaja proses menjahit siap. Tracking number parcel anda akan diberitahu sejurus selepas parcel dihantar.
6. Boleh maklumkan semula kepada saya jika parcel telah sampai kepada anda (tempoh penghantaran tertakluk kepada pihak parcel).
7. Sebarang maklumbalas (baik/buruk) amatlah saya hargai untuk menambahbaik produk di masa akan datang.
8. Emel : rafiziyunos@gmail.com
9. Whatsapp : 012-5948647
10. Boleh check pada link ini untuk lihat rupa nursing yang telah dijahit https://www.facebook.com/mohdrafiziyunos/media_set?set=a.10152206308039792.1073741851.769209791&type=3 atau link blog sebelum ni 
http://rafiziyunos.blogspot.com/2014/03/nursing-cover-untuk-dijual.html


Colourful polkadot (Light Blue, Light Yellow, Blue and Red) 

 Cute Panda, Frog and Foz (Red and Blue)

Stripe Polkadot (Purple, Blue, Orange, Yellow)

 Plain Polkadot (White, Light Blue, Red and Blue)


Honey Bear (Purple and Blue)

Ribbon Bear (Purple Pink, Green, Purple and Orange)


Daisy flower (Dark Red and Blue)

DARK RED SOLD OUT ONLY BLUE AVAILABLE


Car (Yellow, Light Pink, Peach)

Love Bear (Pink)

Love Hello Kitty (Red)

Cloud Sun Star (Pink)

Dice Bear (Pink)

Baby Bear (Blue)

Little Rabbit (Blue)

Couple Panda (Peach)

Sweet Rabbit (Peach)







21 August 2014

Resepi : Nasi Goreng Ikan Masin


Assalamualaikum w.b.t

Dah lama fizi x update blog ni...sibuk dengan raya dan segala macam yang berkaitan dengan Aidilfitri..tetapi yang paling buat sedih ialah laptop fizi mengalami kerosakan yang sangat serius...tak boleh nak switch on langsung..sob sob sob sedih sangat...bila dah tak boleh nak on, nak transfer gambar pakai kamera mahal pon dah tak boleh..kenala pakai kamera handset yang nan hadooo ni...hukhuk, maaf kalau kualiti gambar yang kurang elok yer kawan-kawan...ok stop bersedih..

fizi nak share resepi untuk kawan-kawan hari ini... semalam housemate request nak makan nasi goreng ikan masin, jadi fizi rasa free sikit so bolehlah bersilat di dapur...ramai yang dah tahu resepi kampung sebegini, tapi mungkin cara olahan memasaknya berlainan..jadi yang ini cara fizi masak nasi goreng..hehehe

check it out okeyh =)

Nasi Goreng Ikan Masin

Bahan-bahan

Nasi putih (disejukkan)
Ikan Masin (fizi guna ikan masin duri)
Cili Merah kecil - 15 biji
Bawang Putih - 5 ulas
Bawang Besar - 2/3 biji
Halia - 1 inci
Sayuran campor (mix vege)
Telur dadar
Garam sebagai perasa

Jom layan cara-cara nak masak kat bawah ni =)

Satukan cili merah kecil, bawang, halia dan bawang putih dalam lesung batu..haaa..umah orang bujang ader lesung batu wehh hehehe..rajin menumbuk sambal fizi ni tu yg ada tu ehehe....so tumbuklah sampai lumat..jangan lupa pakai perisai (tudung periuk kukus atau pinggan clear) untuk menghalang bahan-bahan yang ditumbuk terbang ke mata...heee pedihhh wooooo

begini la jadinya.....perghhh meleleh tengok

fizi guna ikan masin duri, rendam dulu ikan dan biarkan tos seketika dan goreng garing...kalau taknak rendam dalam air pon xper...so nnt bila masak nasi goreng, kurangkan atau x perlu masuk garam okey

dah siap gorengggg...terliur plakkkk....

Mix Vege yang dah dibasuh...nak pakai sayur lain pon boleh...bedal jer apa yang ada dalam peti ais kawan-kawan tu yer.ehehehe

Telur dadar..untuk hiasan dan juga lauk sampingan...argggg geyamm tengok telur..

Nasi putih (fizi pakai beras siam) sebab boss ada bagi beras, jadi pakai beras mahal hehehe

So marilah menggoreng.. Panaskan kuali dengan sedikit minyak... Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau wangi...masa naik bau wangi ni mesti blok atas umah fizi menangis cium bau tumisan yang semerbak ni...hahah mintak ampun tuan tanah...

Bila tumisan dah naik bau dan berbau wangi. masukkan sayur campu dan ikan masin....tumis lagi sampai rasa carrot tu dah lembut sikit.

Terakhir, masukkan nasi putih dan gorenglah sehingga semua bahan bercampur mesra, boleh tambahkan garam jika rasa tawar...bila dah masak, hiaskan dengan telur dadar yang dipotong panjang...kalau rajin nak hias2 la...kalau tak amik pinggan..taruk nasi dan ngapppp..hahah

selamat mencuba

18 July 2014

PEMBERITAHUAN : Nursing Cover Reversible

Assalamualaikum

Pertama sekali ucapan terima kasih kepada semua akak-akak dan sahabat handai yang membeli Nursing Cover dengan saya selama hari ini....

Buat masa ini, stok nursing cover yang ada telahpon habis dijual sepenuhnya. Inshaaallah stok baru akan dimuat naik selepas Hari Raya Aidilfitri kali ini dengan pelbagai variasi warna dan corak...

Terima kasih banyak-banyak 




21 April 2014

Tutorial : Langsir Scallop Simple

salam semua

seperti yang fizi janjikan....
disertakan tutorial atau bahasa kampungnya cara mudah nak buat langsir royal scallop nie...
memang simple jer kawan2..tetambah plak nak raya dah ni kan...boleh mula belajar dari sekarang

fizi pon buat langsir scallop ni pon sebab esok (selasa 22 April 2014) pejabat fizi ada buat majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013, pentas dewan kelihatan agak kosong, jadi dicadangkan pasang langsir scallop untuk menampakkan lebih serinya apabila nak bergambar bagai kan...

Okey, mari kita mulakan dengan mengambil ukuran dulu.

Ada beberapa tips yang fizi dapat masa memotong dan menjahit ni. Fizi bagi tips dulu kemudian baru kita start dengan arahan bergambar di bawah okey

1. Ukur panjang tingkap/sliding door anda.

2. Tetapkan bilangan scallop yang akan anda buat (selalunya dalam bilangan ganjil akan lebih menampakkan scallop kita cantik apabila dipasang) - ini citarasa fizi la.

3. Yang ni adalah sangat penting iaitu cuba untuk jadi lebih kreatif - kadang2 bila kita dah menjahit, idea akan muncul dengan sendirinya - cuba try combinekan...tgk mana yang boleh masuk dan mana yang tak. asalkan scallop tak nampak serabut dan cantik bila dipasang.

OKEY!! JOM KITA LAYAN GAMBAR DI BAWAH...

Apa-apa pun mulakanlah dengan memola, sebab ini adalah asas dalam jahitan, sediakan kertas minyak.

Ukuran panjang scallop fizi adalah 28 inci.

Nampak tak kertas minyak yang dah dipotong di atas. Fizi dah bagitahu kan tadi, panjang scallop fizi di sebelah atas adalah 28 inci, jadi untuk mendapatkan scallop yang cantik, panjang bahagian bawah scallop adalah bahagian atas + 28 inci

Contoh scallop fizi

28 inci + 28 inci = 56 inci, jadi bahagian bawah scallop adalah 56 inci

Bila buat pola....bahagian yang lurus adalah bahagian lipatan, jadi bahagikan kepada 2 jumlah panjang tadi. Dan ia akan jadi seperti ini pada pola

Panjang Atas = 14 inci
Panjang Bawah = 28 inci

setakat ni faham kan??? Jadi pada kertas minyak dapatkan ukuran 14 inci untuk sebelah atas dan ukuran 28 inci untuk bahagian bawah, dan sambungkan menjadi garisan lalu di potong, dan dapatlah seperti potongan segitiga di atas. Dah siap asas pola scallop tu



Okeyh, sekarang masa untuk buat scallop...
Kawan-kawan nak berapa banyak lengkungan?

Ukur garisan panjang yang kelihatan seperti segitiga tadi

contoh ukuran fizi

 = 62 inci
62 inci tadi dapatkan panjang 7 inci untuk bahagian atas dan tandakan, jadi akan dapat baki panjang adalah 55 inci, fizi bahagikan kepada 11 lipatan jadi setiap lipatan akan jadi 5 inci.

letakkan pola pada kain..pastikan kain tadi dilipat dua tau sebelum diletakkan pola.


tada....inilah kain yang telah dipotong.

Jangan lupakan tandakan pada kedua-dua belah yer dengan tanda 5 inci tadi. Kalau kain ni dibentangkan ia kelihatan seperti huruf A

Ini adalah contoh yang di tanda....zoom secara dekat

satukan garisan-garisan yang ditanda tadi, satukan elok-elok, cara kita buat lipatan ni macam kita buat kipas dengan kertas tu..ala-ala zig zag tu kan...

jangan lupa pinkan supaya kemas sebelum dijahit.

bila telah dipinkan ia jadi begini...kan dah nak nampak dah hasilnya kan???

okeyh, jom menjaahit....jahitkan setiap penjuru....jahit elok2 tau...sebelum jahit tu buat lah kemasan sikit...kemas2 kan sikit.....jadi dua-dua belah tau..

tada....!!!! dah siap!! senang kan??? owh lupa fizi nak bagitahu tentang 7 inci yang pertama pada bahagian atas tadi tu...7 inci tu untuk kita pasang pelapik keras untuk masukkan single pin yang nak gantung pada rod pada tingkap dan sliding door kiter tu....


So untuk Dewan Utama, Tingkat 12A, Agensi Kelayakan Malaysia ni fizi buat 13 scallop dan cantumkan untuk nampakkan seperti hasil di bawah...Alhamdulillah ramai yang berpuas hati dan ada juga yang bagi komen negatif, xper semua tu proses pembelajaran. Terima kasih kepada yang percaya pada bakat fizi ni...TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Royal scallop yang telah siap dicantum. Okey untuk scallop bercantum begini, fizi tindihkan dalam 7 ke 8 inci pada setiap scallop, kalau tak cantum pon boleh tapi cuba tambah bunga pada setiap pertemuan scallop sebab itu akan sembunyikan jahitan cantuman kita

pandangan dari hadapan

pandangan dari tepi

ni masa fizi potong kain dalam dewan, siap bawak mesin jahit lagi datang pejabat, nasib baik portable...heheh

proses pemasangan, panjat turun, panjat turun, sampai sakit pinggang huhuhu

masa proses jahitan tepi scallop, nampak tak boss kat tepi tu, tu KPP fizi Puan Norhafizah Jusoh...baik orangnya...hahaha boss SKT sila tambah 10 percent lagi tahun ni ekekekeke

gaya macam sapa? Salikin Sidek? Rizman Ruzaimi? Hatta Dolmat? ke Rafi Don Cha??

insta