20 January 2014

KONGSI : Pengeluaran Tanpa Kad Daripada Maybank



Bayangkan situasi ini. Anda keluar berjalan-jalan di Sogo untuk shopping baju sempena Year End Sale. Dengan yakin anda berdiri di kaunter untuk membuat pembayaran. Tiba-tiba baru anda tersedar yang dompet anda tertinggal di rumah. Duit confirmlah tak ada, kad ATM pun turut sama tertinggal. Macam mana nak bayar nie? Yang ada hanyalah handphone anda. Terus muka anda bertukar cuak.


Jangan risau jangan cuak!!! Kerana kini anda tak perlu gunakan kad ATM untuk mengeluarkan duit anda. Ini adalah inovasi terbaru daripada Maybank yang dinamakan “Cardless Withdrawal” atau “Pengeluaran Tanpa Kad”. Tenangkan fikiran, hilangkan kecuakan di wajah anda dan bukak laman web atau apps Maybank2u di handphone. Dengan segera tekan butang “transfer”.



Ada 2 pilihan di “Cardless Withdrawal” ini. Kalau untuk kali pertama, anda akan gunakan “Open Cardless Withdrawal”. Tekan pautan tersebut dan anda akan dibawa ke laman seterusnya. Mudah bukan?


Di sini anda apa yang penting ialah memasukkan nombor telefon penerima wang yang akan anda hantar daripada akaun Maybank anda. Masukkan nombor telefon anda sebab anda yang akan terima duit tersebut. Masukkan juga nama penuh. Amaun yang boleh dipindahkan ialah RM100, RM200 dan RM300. Tak banyak tapi cukuplah untuk bayar harga barangan yang anda beli di Sogo. Double check semua informasi yang telah dimasukkan dan tekan butang “Continue”.



Seperti biasa akan ada “TAC” yang perlu dimasukkan untuk meneruskan pemindahan wang ini. Masukkan “TAC” yang diterima menerusi SMS dan anda bakal menerima satu lagi SMS yang mengandung “Withdrawal Code”. Code ini amat penting. Jangan bagi orang lain baca. Langkah seterusnya ialah mencari salah satu daripada 400 mesin ATM untuk mengeluarkan duit anda.


Sampai sahaja di mesin ATM Maybank (jangan potong barisan pulak), tekan sahaja butang “Enter” di mesin tersebut. Kemudian terus pilih “Cardless Withdrawal”. Masukkan “Transaction ID” dan “Withdrawal Code” yang dihantar menerusi SMS tadi. Lepas itu apa lagi? Ambillah duit yang keluar di mesin ATM itu dan pergilah bayar barangan yang anda beli tadi. Kalau sempat boraklah dengan cashier cakap anda ambil duit guna handphone je.


Terbaik bukan inovasi terbaru dari Maybank ini? Yang lagi best, bayaran RM1 yang dikenakan untuk melakukan transaksi ini akan ditiadakan sehingga 28 Februari. Bolehlah buat-buat terlupa dompet kat rumah untuk mencuba fungsi “Cardless Withdrawal” ini. Bukan itu sahaja, ada peraduan yang membolehkan anda memenangi RM500 sekiranya melakukan transaksi “Cardless Withdrawal” ini dengan jayanya. 3 pemenang akan dipilih setiap hari sehingga 5 Februari kelak. Sambil mencuba sambil ada peluang menang hadiah. Memang best!!!


Kini anda tidak perlu cuak kerana tiada kad ATM Maybank kerana kewujudan fungsi “Cardless Withdrawal” yang sangat mantap daripada Maybank. Tahniah kepada Maybank atas inovasi hebat ini. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai “Cardless Withdrawal”, jangan lupa layari laman web Maybank2u dan Facebook Maybank Malaysia.


sumber : Abang Nara kiter la =))


No comments:

insta