27 February 2014

Resepi : Karipap Pusing


Karipap Pusing

Bahan-bahan:

Step 1 Doh minyak:

•300gm tepung gandum
•secubit garam
•1/4 cawan minyak masak
•1/2 cawan air suam

Campurkan secubit garam ke dalam tepung. 
Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

Step 2 Doh marjerin:
•150gm tepung gandum
•100gm marjerin...sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.

Untuk inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2. Biasanya menggunakan inti keledek.Cara Menguli doh klik http://goo.gl/K9CIE1

Step 3 Inti keledek:
•2 biji ubi keledek, dipotong kiub
•1 biji bawang besar, dipotong halus
•2 ulas bawang putih, dipotong halus
•Segenggam udang kering, direndam & ditumbuk ( Guna udang basah pun ok )
•3 sudu besar serbuk kari
•1 pelepah daun kari
•Garam dan gula secukup rasa
•Daun bawang dan daun sup secukupnya, dimayang halus

Tumiskan bawang, masukkan serbuk kari dan tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan udang, tumiskan lagi sebentar dan masukkan ubi keledek. Tambahkan air sehingga secukupnya merendam keledek. Masakkan sehingga keledek lembut. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daun daun bawang & daun sup, kacau sebentar dan tutup api.

**Tekstur karipap ni sangat gebu, rangup dan rapuh, thumbs up gak!!! jangan jealous hehehe.. Untuk intinya saya guna ubi kentang, rasanya sedap sangat.

sumber resepi : sini

No comments:

insta