28 February 2014

Resepi : Kek Pisang dengan Dark Chocolate Chip

Assalamualaikum w.b.t

Fuhh...dalam sibuk-sibuk siapkan tempahan jahitan, akhirnya dapat jugaklah fizi siapkan tempahan untuk kawan satu pejabat ngan fizi, actually Kak Hasnida ni (officemate) fizi ni dah lama mintak fizi buatkan, tapi disebabkan kesibukan menjahit, jadi baru semalam dapat fizi siapkan tempahan Kak Hasnida. Kak Hasnida pon okey..dier pon kata biler2 pon boleh buat...

So untuk kali ni fizi nak kongsi resepi yang simple ni...harap2 simple dan kawan2 yang baca boleh la sama2 buat okey...orang berniaga pon kongsi resepi ker? lorr apa salahnya..semua ni inshaallah untuk saham akhirat nanti. 

Okey, jom kita layan resepinya. Senang sangat sebab fizi pakai sukatan cawan bukan yang timbang-timbang.

Bahan-Bahan

* 2 cawan tepung gandum (diayak)
* 4 biji telur Gred A
* 5 biji pisang berangan
* 3/4 cawan gula
* 3/4 cawan minyak masak
* 1 sudu kecik soda bikarbonat
* 1 sudu kecik baking powder
* 1 sudu kecik ovellette
* 3 sudu dark chocolate chips

Sebelum tu, kawan-kawan panaskan dulu oven pada suhu 170 darjah celcius selama 10 minit okey =)

Cara-cara dier plak kita layan cerita bergambar di bawah okey

Mula-mula putarkan gula dan telur sehingga kembang tau, abaikan bayangan fizi di bowl itew heheheh

Bila dah kembang, masukkan ovellete dan putar lagi, dalam 2, 3 minit lagi, biar rata ovellete dan telur dan gula tadi

Okey, cukup dengan pemutar, sekarang pakai spatula jer tau. okey, sekarang ni kawan-kawan masukkan pisang yang dah dilecek dengan minyak...gaulkan sebati semua sekali...

Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama-sama baking powder dan soda bikarbonat. Pastikan tepung tadi diayak tau sebab petua kalau nak buat kek memang semua penggunaan tepung perlu lah diayak (nanti fizi share kenapa kena ayak ok)

Now, masukkan dark chocolate chip, nak masuk banyak mana? ikut suka kawan-kawan..kalau suka banyak coklat chip, kalau tak suka, masukkan dalam 2 ke 3 sudu sahaja.

Now time to baking...so kawan-kawan tuang lah adunan tadi dalam apa jua loyang yang kawan-kawan ada dan pastikan loyak tadi dioles dengan sedikit minyak atau marjerin...sebab fizi pakai bekas pakai buang ni jadi fizi tak pakai kertas minyak, kalau pakai loyang, nak letak kertas minyak pon ok x letak pon okey..

Bila dah tuang adunan tu, taburkan lagi dark chocolate chip kat atas dier..macam dalam gambar kat atas nie
Dan bakarlah pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit ke 1 jam (tengok kepada saiz loyang atau bekas kawan-kawan)

tadaaa..... dah masak dah....owh fizi lupa nak bagi tahu, lagi 15 minit dah nak masak ataupon belah atas kek kawan-kawan dah nak masak, kawan-kawan boleh gunakan api oven sebelah bawah sahaja (ini cara fizi) sebab belah atas dah perang2 macam gambar ni, nanti kalau pakai api atas bawah takut hangus plak permukaan atas dier ni.

So tunggu sejuk dah boleh dimakan. Kek ni boleh tahan lama kalau simpan dalam peti ais.

SELAMAT MENCUBA!!!

[semalam lepas masak ni, fizi ada masak pulut kuning ngan rendang ayam untuk kawan pejabat juga..Puan Annurul Asyiqin dari Bahagian Audit Institusi 17 pax, nanti fizi kongsikan resepi rendang dan pulut kuning teruna desa plak okeyh]





No comments:

insta