28 February 2014

Resepi : Pulut Kuning dan Rendang Ayam Cara Teruna Desa


Assalamualaikum

Dah janji so kenalah tunaikan..hihihi...okeyh minggu ni rezeki untuk memasak datang, rugi kalau tolak, selagi badan masih mampu, selagi itulah fizi akan buat.

Jadi, bila rezeki dah datang kepada kita, maknanya Allah ada mendengar sisi-sisi doa kita yang baik, dan oleh sebab itu, fizi nak share resepi rendang ayam dan pulut kuning yang kawan-kawan selalu cakap sedap, terbaik dan macam-macam lagi tue. Terima kasih atas pujian yang diberi, yelah kalau dah dari kecik belajar memasak, kita semakin faham skill memasak tu kan? so mana yang lebih mana yang kurang tu kita akan perbaiki dalam setiap kali kita memasak..

Okeyh jom layan resepi Pulut Kuning dan Rendang Ayam Cara Teruna Desa. Okeyh untuk resepi ni fizi x bagi anggaran, fizi bagi bahan-bahannye ajer okey sebab orang kata masakan kampung ni sebenarnya bahan-bahan dier main campak-campak jer, lagi kuat kiter campak lagilah sedap..betol ker? hahaha entahlah...

PULUT KUNING

Bahan-bahan
* Beras Pulut
* Serbuk Kunyit
*Santan
*Daun Pandan

Cara memasak 
# Rendam beras pulut dengan serbuk kunyit 4 jam dan ke atas (fizi selalunya rendam dekat setengah hari...macam kalau nak masak subuh Jumaat, pagi Khamis fizi dah rendam). 
# So bila dah seharian direndam basuh beras pulut elok2 dan wallah, jadi warna kuning dah kan? chanteq sangat..kuning diraja giteww....
# Sebelum nak tanak pulut, kawan-kawan kena masak air dalam pengukus sehingga menggelegak, bila dah menggelegak barulah ditanak pulut selama 45 minit sehingga 1 jam (Pada dasar pengukur yang diisi pulut, letaklah daun pandan, tujuan dier nak bagi wangi pada pulut kita nanti
# Petua dapat dari mak fizi, pada dasar kukus yang kita letak beras pulut tu, letaklah sudu dalam 3 batang, mak kata kalau pulut dah tak letak pada sudu tu means pulut kita dah masak, lagi satu nnt bila dah masuk beras buatlah lubang2 atas pulut tu dgn jari sampai ke dasar kukus, tujuan dier nak bagi pengewapan dari air yang menggelegak tadi sampai ke permukaan pulut gitew....
# so bila dah masak angkat dan tuang dalam bekas lain, kacaulah dengan santan yang telah diperisakan dengan garam sedikit....sedia dimakan..eh takkan nak makan pulut jer kan? jadi meh kita buat rendang ayamnya plak

RENDANG AYAM

Bahan-bahan
* Ayam
* Cili Kering (dikisar)
*Bawang Merah
*Bawang Putih
* Halia
* Serai
* Daun kunyit (dihiris halus)
* Kerisik
* Santan
* Minyak untuk menumis
* Serbuk Kunyit
* Sedikit asam keping

(Bawang merah, bawang putih, halia dan serai dikisar bersekali)

Cara memasak :

# Panaskan minyak, kemudian tumis dulu bahan yang dikisar bersekali, kemudian bila dah sedikit kering baru masukkan cili kisar. Tunggu sampai naik minyak baru masukkan kerisik
# Bila tumisan dah sedikit kering, masukkan ayam, gaulkan bersama bahan tumis sehingga rata pada keseluruhan ayam. 
# Kemudian masukkan daun kunyit dan gaul lagi bersama ayam sehingga naik bau. Pada masa ni kawan-kawan pakai api perlahan okey.
# Dan sekarang masukkan santan, serbuk kunyit, garam dan asam keping. Masaklah sehingga rendang hampir kering, pastikan api perlahan dan kuali dikacau supaya tidak berkerak di bahagian bawah kuali.
# Sedia dihidang. Boleh dimakan bersama nasi panas, nasi himpit dsgnya


[yang ni fizi dah packingkan untuk Puan Annurul di Bahagian Audit]
Beliau tempah sempena sambutan hari lahirnya hari ini 28/02/2014
Selamat Hari Lahir Puan Nurul. moga sentiasa dirahmati Allah....ameen

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

insta