24 February 2014

Tutorial : Nursing Cover Reversible

Salam kawan-kawan...
fuhhh....semalam seharian habiskan masa menjahit tempahan dari customer yang terdiri dari golongan kawan-kawan sepejabat sendiri... 

Kemudian, lepas maghrib tu start la nak buat Nursing Cover request untuk officemate Kak Hanizan. Ahlamak dah la firtstime nak buat kan jadi jenuh jugakla cari tutorial kat internet. Dengan bantuan encik google, dapatlah satu dua tutorial yang senang jugak nak follow...fizi amik dari 2 blog, campur adukkan cara yang mana paling senang. Link dier nanti fizi letakkan di bawah entri ini okey.

So, nak bagi tutorial kat kawan-kawan yang mana suka menjahit dan yang mana nak belajar menjahit nursing cover ni...kat sini fizi letakkan cara-caranya okey =)


Bahan-bahan Penting :

2 pasang kain 
2 ketul D-Ring (fizi tak jumpa D-Ring, jadi fizi pakai yang circle)
Boning (kalau kat kedai jahit panggil TULANG)

pastu biasalah..bahan2 nak menjahit la kan, benangnya, tali ukurnya, kapur, gunting, jarum peniti dan of course la mesin jahit..kalau nak jahit pakai tangan pon boleh...tapi SANGGUP ker?? hehehehe



Nampak tak dua gambar kain yang fizi dah tandakan kat atas tue? so korang tandakan ikut saiz yang korang nak..jadi fizi buat ukuran 38"x26". Kain tu fizi lipat dua so ukurannya akan jadi 19"x26.

So, bila korang dah tandakan tu....gariskan dengan kapur dan gunakan pembaris panjang untuk dapat garis yang lurus....kemudian apa lagi..potong la kain tu....

Bila dah potong begini la jadinya...bila lipatan dibuka ukuran akan jadi 38"x26" okey..pastu jangan lupa buat pada kain yang lagi satu tau, sebab fizi nak buat reversible...so xderla bosan dengan satu side je kan =)

Now, part tali dier..so gambar kat atas tu fizi dah siap potong lebihan dari kain yang untuk buat cover tu...korang buat 2 tali okey (kalau dua kaler so maknanya 4 tali la kan)...yang pendek tu korang buat 10"x2' dan yang panjang tu korang buat 30"x2".

Now, part nak menjahit..korang amiklah jarak dalam 3 hun (hun ni kalau ikut pembari tu yang garis2 dier yang macam ni 0iiii1iiii2 kiranya i tu garis2 kat pembaris tu..korang kirala 3i tu pastu korang tandakan kan okey..pastu dengan baerhati2 jahitlah (jahit bahagian dalam tau sebab lepas tu nak terbalikkan dier) pastu ader satu side yang korang jangan jahit sebab nanti macam mana nak terbalikkan dier kan..huhhu

pastu potong sikit kat penjuru supaya bila korang terbalikkan (masukkan bahagian ini ke dalam) so penjuru dier nampak chanteq gitewww...

ULANG PROSES NI UNTUK KEDUA-DUA TALI TAU

okeyh, untuk tali yang pendek tu (10"x2") korang kena letakkan ring tadi macam dalam gambar ni...so bile dah letakkan ring, jahitlah cantik2...jahit cantik2 tau....i yang laki pon boleh buat chanteq..korang yang gugurl pon mesti boleh buat lagi cantik khennn hehehe


So inilah hasilnya...upsss nampak tak yang melengkung macam huruf U tu, haaa yang tulah boning tadi...ukur 15" (kalau nak balut ngan kain pon boleh...kalau taknak balut pon okey)

Now, part untuk cover dier nie...korang tahu macam mana nak jahit sarung bantal kan? mesti akan tinggalkan ruang untuk masukkan kekabu kan...ha macam tu jugaklah dengan cover reversible ni...nampak fizi ader tanda dengan kapur kat belah atas cover ni....jarak dier adalah 15" iaitu jarak untuk letak boning dan tali tu nanti

Jarak yang belum dijahit tadi, korang gosokkan supaya ia terlipat ke dalam....gosok elok2 okey..

First korang jahitkan dulu tali untuk nursing cover nie....korang amik jarak 1 hun jer dari tepi kain tu...sama jugak dengan tali yang panjang utk sebelah hujung lagi satu...

Part nak masukkan boning ni agak mencabar sikit...okey listen carefully..hahhaa (sorrt lupa nak snap gambar..ampunnn)

Okeyh, kan tadi korang dah gosok kat pelipat kain nursing tu tadikan? pastu.korang pon masukkanlah nursing tu dalam kawasan yang masih belum berjahit tu....masukkan elok2 okey....so biler kain tu dah lengkung sikit..maknanya btolla cara korang masukkan tulang tu..biler dah masukkan tulang tu...korang pon jahitlah terus sekeliling tulang..sila pakai pelapik untuk jahit zip, supaya senang nak menjahit tau.

actually kalau taknak boning pon boleh...lepas korang siap jahit tali2 tu korang teruslah jahit tegak keliling nursing cover tue...tapi nak bgtau ni, tujuan boning tu adalah supaya korang boleh tengok anak korang menyusu, di samping tu xderlah anak2 korang lemas dalam nursing tu..haaa tengok, pemgalaman macam bapak budak kan? hahaha

tadaaaaa....dah siap dah nursing cover reversible ni...kalau bosan pakai biru..korang pusingla pakai polkadot ungu plak okey..

Bile letak boning, ginilah nursing cover korang...so boleh nampak baby korang menysu..baby korang pon boleh nampak korang sebagai seorang mak yang menyusu budak hehehe..

yang ni tujuan ring tadi....kalau korang nak tarik panjang mana pon boleh, kira macam selesa la untuk korang mengejast kan tali tu utk kesesuaian korang..

So fizi dapat tahu ader beberapa tujuan nursing cover ni, tapi yang paling penting sebagai seorang muslimah yang menyusukan anaknya...aurat tu adalah perkara pertama yang sangat dijaga kan...so bila pakai nursing cover ni xderla dok nampak yang mak2 mengangkat baju nak menyusu anak sebab bukan semua tempat ader sediakan tempat untuk ibu-ibu menyusukan anak kan??

Moga tutorial ini boleh membantu para-para ibu yang lain...Ada yang tanya tak rugi ker buat tutorial ni? kalau tak buat lagi okey, mana tahu boleh buat meniaga kan? tapi bagi fizi apa salahnya berkongsi ilmu yang ada kan..inshaallah saham akhirat tu dah ada dah =)

Kalau kawan-kawan nak beli pon buleh dari fizi...boleh tengok pada link ini yer





35 comments:

impian indah said...

kalau nak tempah boleh ke?mcm berminat la..

iffah said...

Salam fizi... nak tempah boleh x?

rafi don cha said...

@impian indah = inshaallah...kalau xder aral melintang saya akan cuba cari material yang harganya berpatutan untuk sesaper yang nak menempah nanti yer =)

iffah = inshaallah...kalau xder aral melintang saya akan cuba cari material yang harganya berpatutan untuk sesaper yang nak menempah nanti yer =)

ezasunflower said...

salam. macam mana nak tempah?

rafi don cha said...

@ezasunflower nnt awak boleh check dekat FB kiter di link nie https://www.facebook.com/mohdrafiziyunos/media_set?set=a.10152206308039792.1073741851.769209791&type=3 tq

RAUIDAH RAHMAT said...

thnks for sharing..memang tgh tercari2 blog yg ajay DIY nursing cover nie..tq2

maziah wahab said...

Salam lau nk tempah cmne ye?

maziah wahab said...

Salam lau nk tempah cmne ye?

maziah wahab said...

Salam lau nk tempah cmne ye?

maziah wahab said...

Lau nk tempah boleh?

Anonymous said...

hi... berminat untuk tempah satu nursing cover... adik amek tempahan x?

rafi don cha said...

salam kak, saya memang amik tempahan, inshaallah lepas raya saya akan renew stok yang baru sebab stok yang lama dah habis =) minta maaf yer kak..

Anonymous said...

salam,fizi, berapa ya harga 1 nursing cover mcm tu, berminat la akak.

sheisjaz said...

assalammualaikum Fizi..

boleh x saya nak order nursing cover ni..

saya da tulis da step by step diy ni..tapi x confident lah nak menjahit..hehehe...

Laila Mastura said...

salam..nk tanye awk bli boning tu kat kedai jait mn..kat joho ni x jumpe lg..tq :)

rafi don cha said...

@laila mastura : a ah saya beli di kedai alat2 jahitan di area rumah saya kat petaling jaya, aritu pon masa saya sebut boning pon akak kedai tu terpinga2, saya bagitahu dier tulang untuk korset, baru dier faham..ada banyak jenis, tapi saya pilih yg plastik sbb selamat untuk baby =)

Anonymous said...

slm.bleh x tempah

Anne Syarina said...

salam,ring tu nk bli ktne ye

Anne Syarina said...

salam..ring tu nk bli ktne ye

rafi don cha said...

salam anne..
saya beli ring tu di Bunga Reben di Jalan Tar

Anonymous said...

Salam.. Cmne akak nk oder? Akak cr fb awak x jmpp pn.. Huhu

Anonymous said...

salam..sy pon nk tempah.
macam mane ye

rafi don cha said...

nnt bole whatsapp saya yer 0125948647

Shazli Azuan said...

Dik brpa meter kain tu?

rafi don cha said...

@Shazli Azuan : dalam 2 meter..1 meter untuk sebelah depan dan satu meter utk sebelah belakang...tapi actual size dier 38"x26"..kena ada kain lebihan untuk buat tali pada leher =)

Anonymous said...

assalam..boning tu berapa meter ye kena guna?

rafi don cha said...

Salam..boning tu dalam 15 inci...

Fadhilah Yunus said...

Salam..nk order bape rm ye?

rafi don cha said...

@Fadhilah Yunus : nnt boleh check pada entry terkini...ada saya tinggalkan no untuk dihubungi...
TQ =)

Anonymous said...

Terima kasih :)

Mashitah Mamat said...

cantik , kemas jahitan..tutorial mudah fhm..mintak halal ilmu yea...hihihi terima kasih.. nk cuba buat sendiri.... harap2 menjadi comel lote..hehehe

rafi don cha said...

kak @Mashitah Mamat : inshaallah...mesti come lote punyalah, ilmu ini utk dikongsi bersama-sama insahaallah....terima kasih singgah kak =)

adinda zalina said...

mohon share ye...bagus sgt tutorial ni...halalkn ye

adinda zalina said...

mohon share ye, bgus tutorial ni.bole cube buat nih,,,hehehe...cume tk brape phm, hun tu ape yer..

alia said...

Assalamualaikum, nak buat tempahan macamana ya??
Blh wassup sy tak 0194489847

insta