27 March 2014

Resepi : Rainbow Cookies

Salam kawan-kawan

okeyh semalam fizi dah janji kan nak bagi resepi kat kawan-kawan kan...

so dengan itu, fizi share kan kat sini untuk sama-sama kita membakar...
lets start!!!



Okey ni bahan-bahan dier

250 gm butter (fizi pakai buttercup)
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
100 ml putih telur
175 gm gula kastor
1/4 sudu kecil emplex (ni untuk rangupkan cookies kiter)
6 pewarna makanan (merah, oren, kuning, hijau, biru dan ungu)
jangan lupa loyang untuk membakar yer =)


Mula-mula putarkan butter dengan gula sehingga berkrim...


kawan-kawan akan nampak testure dier nanti macam ni..macam krim dalam roti tu kan..hehehe


okey, kemudian masukkan putih telur sedikit demi sedikit dalam adunan tadi dan putar lagi sehingga sebati


masukkan tepung yang telah diayak (tepung gandum diayak bersama tepung jagung dan emplex) macam fizi pernah post dalam resepi sebelum ni, kita memang wajib ayak tepung untuk setiap kek atau biskut yang kita nak buat okey..


gaul kaupkan dengan spatula sehingga semuanya sebati...cantik kan? warna putih gitu....so untuk menambah keserian warna putih ni, jadi asingkan adunan ini kepada 6 bahagian.


tada....bila dah diwarnakan, ia jadi begini, masukkan dalam piping beg tau kawan-kawan. serius kaler brand americolor ni memang menawan kot...pakai sikit jer dah terang benderang macam ni warnanya...memang puas hati biler tengok...hehe..tapi harga dier boleh tahan juga la..ehehehe


dan kini kita masuk part yang fizi rasa betul2 struggle dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, huhu....sabar kan separuh daripada iman..so kawan-kawan susunkan adunan dalam piping tadi macam warna di atas nie...sebelum tu jangan lupa sapukan sedikit mentega pada tray pembakar okey

Sebelum masukkan tray, panaskan oven selama 15 minit pada suhu 150 darjah selsius okey...

lepas tu baru masukkan tray ni dan bakar selama 15 minit pada suhu yang sama juga 150 darjah cselsius..


tada....lepas 15 minit, ni la hasilnya....cantek kan warna dier...tunggu sejuk dulu tau baru keluarkan dari tray dier...sebab cookies ni sangatlah rapuh...tapi rapuh2 pun sangatlah menyelerakan..hihihi


sedia untuk di makan....yum yum yum

Semoga kawan-kawan berjaya...

No comments:

insta