21 April 2014

Tutorial : Langsir Scallop Simple

salam semua

seperti yang fizi janjikan....
disertakan tutorial atau bahasa kampungnya cara mudah nak buat langsir royal scallop nie...
memang simple jer kawan2..tetambah plak nak raya dah ni kan...boleh mula belajar dari sekarang

fizi pon buat langsir scallop ni pon sebab esok (selasa 22 April 2014) pejabat fizi ada buat majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013, pentas dewan kelihatan agak kosong, jadi dicadangkan pasang langsir scallop untuk menampakkan lebih serinya apabila nak bergambar bagai kan...

Okey, mari kita mulakan dengan mengambil ukuran dulu.

Ada beberapa tips yang fizi dapat masa memotong dan menjahit ni. Fizi bagi tips dulu kemudian baru kita start dengan arahan bergambar di bawah okey

1. Ukur panjang tingkap/sliding door anda.

2. Tetapkan bilangan scallop yang akan anda buat (selalunya dalam bilangan ganjil akan lebih menampakkan scallop kita cantik apabila dipasang) - ini citarasa fizi la.

3. Yang ni adalah sangat penting iaitu cuba untuk jadi lebih kreatif - kadang2 bila kita dah menjahit, idea akan muncul dengan sendirinya - cuba try combinekan...tgk mana yang boleh masuk dan mana yang tak. asalkan scallop tak nampak serabut dan cantik bila dipasang.

OKEY!! JOM KITA LAYAN GAMBAR DI BAWAH...

Apa-apa pun mulakanlah dengan memola, sebab ini adalah asas dalam jahitan, sediakan kertas minyak.

Ukuran panjang scallop fizi adalah 28 inci.

Nampak tak kertas minyak yang dah dipotong di atas. Fizi dah bagitahu kan tadi, panjang scallop fizi di sebelah atas adalah 28 inci, jadi untuk mendapatkan scallop yang cantik, panjang bahagian bawah scallop adalah bahagian atas + 28 inci

Contoh scallop fizi

28 inci + 28 inci = 56 inci, jadi bahagian bawah scallop adalah 56 inci

Bila buat pola....bahagian yang lurus adalah bahagian lipatan, jadi bahagikan kepada 2 jumlah panjang tadi. Dan ia akan jadi seperti ini pada pola

Panjang Atas = 14 inci
Panjang Bawah = 28 inci

setakat ni faham kan??? Jadi pada kertas minyak dapatkan ukuran 14 inci untuk sebelah atas dan ukuran 28 inci untuk bahagian bawah, dan sambungkan menjadi garisan lalu di potong, dan dapatlah seperti potongan segitiga di atas. Dah siap asas pola scallop tu



Okeyh, sekarang masa untuk buat scallop...
Kawan-kawan nak berapa banyak lengkungan?

Ukur garisan panjang yang kelihatan seperti segitiga tadi

contoh ukuran fizi

 = 62 inci
62 inci tadi dapatkan panjang 7 inci untuk bahagian atas dan tandakan, jadi akan dapat baki panjang adalah 55 inci, fizi bahagikan kepada 11 lipatan jadi setiap lipatan akan jadi 5 inci.

letakkan pola pada kain..pastikan kain tadi dilipat dua tau sebelum diletakkan pola.


tada....inilah kain yang telah dipotong.

Jangan lupakan tandakan pada kedua-dua belah yer dengan tanda 5 inci tadi. Kalau kain ni dibentangkan ia kelihatan seperti huruf A

Ini adalah contoh yang di tanda....zoom secara dekat

satukan garisan-garisan yang ditanda tadi, satukan elok-elok, cara kita buat lipatan ni macam kita buat kipas dengan kertas tu..ala-ala zig zag tu kan...

jangan lupa pinkan supaya kemas sebelum dijahit.

bila telah dipinkan ia jadi begini...kan dah nak nampak dah hasilnya kan???

okeyh, jom menjaahit....jahitkan setiap penjuru....jahit elok2 tau...sebelum jahit tu buat lah kemasan sikit...kemas2 kan sikit.....jadi dua-dua belah tau..

tada....!!!! dah siap!! senang kan??? owh lupa fizi nak bagitahu tentang 7 inci yang pertama pada bahagian atas tadi tu...7 inci tu untuk kita pasang pelapik keras untuk masukkan single pin yang nak gantung pada rod pada tingkap dan sliding door kiter tu....


So untuk Dewan Utama, Tingkat 12A, Agensi Kelayakan Malaysia ni fizi buat 13 scallop dan cantumkan untuk nampakkan seperti hasil di bawah...Alhamdulillah ramai yang berpuas hati dan ada juga yang bagi komen negatif, xper semua tu proses pembelajaran. Terima kasih kepada yang percaya pada bakat fizi ni...TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Royal scallop yang telah siap dicantum. Okey untuk scallop bercantum begini, fizi tindihkan dalam 7 ke 8 inci pada setiap scallop, kalau tak cantum pon boleh tapi cuba tambah bunga pada setiap pertemuan scallop sebab itu akan sembunyikan jahitan cantuman kita

pandangan dari hadapan

pandangan dari tepi

ni masa fizi potong kain dalam dewan, siap bawak mesin jahit lagi datang pejabat, nasib baik portable...heheh

proses pemasangan, panjat turun, panjat turun, sampai sakit pinggang huhuhu

masa proses jahitan tepi scallop, nampak tak boss kat tepi tu, tu KPP fizi Puan Norhafizah Jusoh...baik orangnya...hahaha boss SKT sila tambah 10 percent lagi tahun ni ekekekeke

gaya macam sapa? Salikin Sidek? Rizman Ruzaimi? Hatta Dolmat? ke Rafi Don Cha??

Okey, kalau tak faham dan nak bertanya apa-apa pada fizi cara2 nak jahit atau tak berapa faham dengan penulisan fizi ni, boleh je wassap fizi (0125948647) atau FB fizi ataupon emel je kat rafiziyunos@gmail.com untuk bertanya soalan lebih lanjut, fizi sedia membantu. Sebab ilmu yang dikongsi inshaallah akan menjadi sebahagian saham atau yang akan membantu kita di sana kelak.

9 comments:

Ibu Riana said...

tq untuk tutorial..saya masih baru dlm dunia jahitan..teringin nak buat langsir scallop mcm ni..

kenali saya

Bada Ariff said...

tq fizi...
akk rasa mcm faham je nk buat scallop cara fizi ni...

cantik scallop merah yg fizi buat tu... :)

rafi don cha said...

@ibu riana dan kak bada arif : ni pon lebih kurang macam projek gajah putih saya kak..try and error jer sebabnyer dah last minit..huhuhu..aper pon terimamkasih sbb sudi jadikan ia sbg panduan akak =)

ummi Aiman said...

adik, boleh tak tunjuk ajar , macamana kita nk buat sendiri saiz scallop sama ada besar, kecil atau sederhana. bila akk masuk kelas depa hanya bagi pattern yang dah siap bukan cara nak buat pola pelbagai saiz

rafi don cha said...

kak @ummi Aiman : maksud besar atau kecik akak tu yg macam mana yer? x berapa jelas kat situ =)

Nurhidayah Zulkifli said...

wei Fizi.. tgh cari2 tuto utk pola langsir, terjumpa blog ko.. nak belajar dgn ko wehhh...

rafi don cha said...

@nurhidayah : yang aku pandai buat macam yg aku explain kat blog ni je wehh....kalau lebih2 tu aku pon x berapa reti huhu

danish zulzali said...

Adik u mmg awesome...simple n padat penerangan u...senang difahami..tq kerana ikhlas berkongsi ilmu..

danish zulzali said...

Adik u mmg awesome...simple n padat penerangan u...senang difahami..tq kerana ikhlas berkongsi ilmu..

insta