21 August 2014

Resepi : Nasi Goreng Ikan Masin


Assalamualaikum w.b.t

Dah lama fizi x update blog ni...sibuk dengan raya dan segala macam yang berkaitan dengan Aidilfitri..tetapi yang paling buat sedih ialah laptop fizi mengalami kerosakan yang sangat serius...tak boleh nak switch on langsung..sob sob sob sedih sangat...bila dah tak boleh nak on, nak transfer gambar pakai kamera mahal pon dah tak boleh..kenala pakai kamera handset yang nan hadooo ni...hukhuk, maaf kalau kualiti gambar yang kurang elok yer kawan-kawan...ok stop bersedih..

fizi nak share resepi untuk kawan-kawan hari ini... semalam housemate request nak makan nasi goreng ikan masin, jadi fizi rasa free sikit so bolehlah bersilat di dapur...ramai yang dah tahu resepi kampung sebegini, tapi mungkin cara olahan memasaknya berlainan..jadi yang ini cara fizi masak nasi goreng..hehehe

check it out okeyh =)

Nasi Goreng Ikan Masin

Bahan-bahan

Nasi putih (disejukkan)
Ikan Masin (fizi guna ikan masin duri)
Cili Merah kecil - 15 biji
Bawang Putih - 5 ulas
Bawang Besar - 2/3 biji
Halia - 1 inci
Sayuran campor (mix vege)
Telur dadar
Garam sebagai perasa

Jom layan cara-cara nak masak kat bawah ni =)

Satukan cili merah kecil, bawang, halia dan bawang putih dalam lesung batu..haaa..umah orang bujang ader lesung batu wehh hehehe..rajin menumbuk sambal fizi ni tu yg ada tu ehehe....so tumbuklah sampai lumat..jangan lupa pakai perisai (tudung periuk kukus atau pinggan clear) untuk menghalang bahan-bahan yang ditumbuk terbang ke mata...heee pedihhh wooooo

begini la jadinya.....perghhh meleleh tengok

fizi guna ikan masin duri, rendam dulu ikan dan biarkan tos seketika dan goreng garing...kalau taknak rendam dalam air pon xper...so nnt bila masak nasi goreng, kurangkan atau x perlu masuk garam okey

dah siap gorengggg...terliur plakkkk....

Mix Vege yang dah dibasuh...nak pakai sayur lain pon boleh...bedal jer apa yang ada dalam peti ais kawan-kawan tu yer.ehehehe

Telur dadar..untuk hiasan dan juga lauk sampingan...argggg geyamm tengok telur..

Nasi putih (fizi pakai beras siam) sebab boss ada bagi beras, jadi pakai beras mahal hehehe

So marilah menggoreng.. Panaskan kuali dengan sedikit minyak... Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau wangi...masa naik bau wangi ni mesti blok atas umah fizi menangis cium bau tumisan yang semerbak ni...hahah mintak ampun tuan tanah...

Bila tumisan dah naik bau dan berbau wangi. masukkan sayur campu dan ikan masin....tumis lagi sampai rasa carrot tu dah lembut sikit.

Terakhir, masukkan nasi putih dan gorenglah sehingga semua bahan bercampur mesra, boleh tambahkan garam jika rasa tawar...bila dah masak, hiaskan dengan telur dadar yang dipotong panjang...kalau rajin nak hias2 la...kalau tak amik pinggan..taruk nasi dan ngapppp..hahah

selamat mencuba

No comments:

insta