28 January 2015

RESEPI : CHOCOLATE LASAGNA

Salam kawan-kawan

Dah lama tak update blog dengan berita terkini mahupun resepi terkini. Dan semalam akhirnya fizi dh buat resepi yang selama hari ini memang nak sangat-sangat buat iaitu

CHOCOLATE LASAGNA



Yang gambar atas ni kononnya untuk presentation nak masuk dalam blog la gitu kan..heheh pakai kamera hp jer


ha yang ni plak yang bawak datang opis...amacam? baru jer keluar dari peti ais dah kena serbu ngan mak buyung dan jugak yang tak buyong....thanks kawan-kawan...sebab u olls la i olls semangat giler nak main masak-masak ini....

Bila dah lama tak memasak sebab asyik menjahit jer...huk alooo rasa macam baru first time masuk dapor. Dan semalam kali pertama jugaklah fizi menggunakan stand mixer brand The Baker yang fizi baru beli dari kawan fizi. Alhamdulillah dapat dengan harga yang tak disangka-sangka iaitu RM250.00 sekali dengan kos penghantaran. Terima kasih banyak-banyak Zatil.

Okeyh now nak share how to do the recepi..
Jom kengkawan...
lets baking...is not that hard (teramik tagline website lets masak plak) ampunnn

Resepi Chocolate Lasagna

Adunan A
Lapisan Bawah


2 bungkus oreo
5 sudu besar butter (dicairkan)

Kisar biskut oreo (beserta krimnya sekali) & butter dalam food processor kalau takder food processor pakai tangan pun boleh, ramas-ramas biskut dan gaulkan dgn butter cair.


So disebabkan fizi xder food processor (sedihhhhh) kenala guna tangan..yg pentingpakai glove u olls...kebersihan u ollsss..hehehe


Adunan B
Chocolate Coconut Pudding


1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula kastor
Secubit garam
1 1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan santan kotak
200 gram dark coklat
1 penutup penuh esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko



Masak semua bahan di atas secara double boiler.

yang ni blom jadi lagi...kacaulah guna whisker supaya tidak berketul-ketul...
buruk u kalau berketul-ketul...


Tada....amacam chanteq ke tidoookk?? kena pekat dan likat kata orang lebih pekat dari susu sejat pekat...ke susu pekat sejat? hahha janji yang baca paham yer..hehehe

Adunan C

250g cream cheese
2 sudu besar susu segar
100 gram gula aising
300ml non-dairy whipping cream







Putar cream cheese sehingga lembut. Pastikan creem cheese telah diletakkan pada suhu bilik dahulu yer.
Campurkan 2 sudu besar susu dan gula aising. Putar sehingga semua sebati.


Putar non-dairy whipping cream secara berasingan. Whipping cream tu kena yang baru keluar dari freezer tau. Mula dgn kelajuan perlahan dan teruskan putar dengan kelajuan tinggi.


Putar sampai kental, maksudnya bila kita terbalikkan bowl, cream tu takkan jatuh.
I siap kira 1 sampai 10 lagi heheheh.


Pastu barulah adunan cream cheese td di tuang kedalam adunan whipping cream. Gaulkan dengan spatula je tau.


Now is the best part atau part terkahir adalah untuk menglayerkan semua adunan A, B dan C

Mula-mula lapisan bawah ialah Oreo yang kita dah hancurkan tadi…buat sedang-sedang je lapisannya. Kemudian letakkan adunan C (separuh sahaja), pastu adunan B (chocolate coconut pudding). Dan separuh dari adunan tadi untuk sebelah atas. Tapi untu belah tu fizi menderhaka dengan resepi asal…sebelah atas sekali fizi just letak whipping cream yang telah diputarkan sahaja..tiada pon campuran cream cheese.

Takkanlah nak Nampak putih suci jer atas dier kan, so ada lebihan orea tu…kisar halus-halus dan taburkanlah disebelah atasnya. Boleh je gantikan ngan choc rice dan letak stroberi.

Selamat mencuba! 

bila dah potong barulah nampak layer dier kan? memanglah agak comot, tapi menurut orang-orang yang rasa...alhamdulillah sampaikan dah ada yang booking untuk hari istimewa masing-masing...

Nota:

1. Chocolate coconut pudding tu mestilah likat sedikit dari susu pekat yang kiter beli kat kedai tu…x cair sangat dan tak pekat sangat
2. Masa double boiler, selalu lah kacau adunan tu supaya tak berketul-ketul…fizi pon confused juga masa mula2 buat kenapala tak pekat2 langsung…memang makan masa rupanya, pastikan air cukup tau..kalau kering air kang jenuh..dan pastikan air menggelegak betol2 sebelum di double boile kan…ok..
3. Boleh je nak tukar oreo dengan chips more, tapi fizi prefer lagi pakai oreo..sebab more chrunchy.
4. Topping pilihan (stroberi, chocolate rice, chocolate chip, white choc chip)
Terima kasih juga diucapkan pada blog akak ni yang sudi share resepi, sebabkan dah lama simpan resepi ni fizi lupa amik dari blog yang mana, nny kalau jumpa lagi fizi akan link kan di sini..
pesanan ringkas
fizi tak sempat nak buat watermark pada setiap gambar, tapi please kalau nak gunakan tolong linkkan atau kreditkan blog ini atau jangan guna langsung TETAPI nak share atau nak kopi resepi dipersilakan. 
xoxo

No comments:

insta