21 August 2015

Tutorial DIY : Dari Jeans kepada Apron

Assalamualaikum dan Salam Jumaat kawan-kawan..

Hari ni fizi nak buat tutorial pulak. Macam mana nak jadikan sehelai seluar jeans kepada 2 helai Apron... boleh dapat 2 helai tau... Okeyh jom layan cara-cara bergambar di bawah. 

 Mula-mula sekali mestilah kena dapatkan sehelai seluar jeans. Terima kasih kepada Kak Honey sebab sedekahkan fizi seluar jeans yang dah tak dipakai lagi.

 Potongkan seluar jeans seperti gambar di atas. Poket belakang tu fizi tetaskan dari poket belakang jeans tu..so boleh jadikan poket untuk apron nanti.


 Ambil sebelah kaki jeans yang telah dipotong dan bahagikan dua. Gariskan dan potong. Potong pada sebelah bahagian jer tau, bukan potong dua-dua belah, kang jadi kerja plak nak menyambungnya semula...heheh

 Bila dah gunting dan buka...akan jadi seperti gambar di atas.

 Okeyh..sekarang bab nak ambil ukuran. Mula-mula lipat dua kaki seluar tadi. Dan tandakan 4 inci dr tengah.

 Turun ke bawah 8 inci dan buat satu garisan ke bahagian tepi jeans tadi.
 Dapatkan pembaris lengkung dan cantumkan garisan atas dan bawah seperti di dalam gambar.

So bila dibuka selepas dipotong akan jadi seperti gambar di atas. Potong juga kaki seluar supaya bila nak buat kemasan nanti tidak terlalu tebal yer.
 
 Dapatkan kain perca atau sebarang kain yang ada kat umah tu dan gunting untuk buat border atau kemasan pada apron kita...Ukurannya terpulang padang kawan-kawan. Dua kain panjang untuk buat tali pengikat pinggang dan satu untuk buat tali untuk leher. Selebihnya adalah untuk kemasan sekeliling apron dan juga untuk poket.
 
 Dan mulalah menjahit yer....Kalau ada adik-adik yang nak cuba tu. Pastikan bawah pengawasan orang yang lagi dewasa tau.

Beginilah hasilnya bila telah siap dijahit. Nampak tak poket kat tengah tu. Tulah poket dari seluar jeans tadi..bolehla letak MP3 ke Hp ke kan sesambil masak tu..

Hasilnya apabila dipakai..credit pada Kak Suriati Mat Kaus sebab tolong tangkapkan gambar yang cantik dan ohsem ini..

Selamat Mencuba...



No comments:

insta