11 August 2015

RESEPI : KEK MARBLE

Salam selamat pagi okeyh..

okeyh takmo cakap banyak..just nak share resepi kek marble yang buat malam tadi..
hehehe..
mood baking ON..

Jom kita layan resepi bergambar di bawah


Bahan-bahan 
250gm buttercup
230 gm gula halus/castor
275 gm tepung gandum
5 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
pewarna merah dan hijau

*fizi tambah kacang walnut (ini option)


Jom layan cara nak membuatnya pulak

 Pukul butter dan gula sehingga kembang.

Kembang macam ni tau....bila dah kembang masukkan telur sebiji demi sebiji...Putar selama 3 minit.

 Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama-sama dengan soda bikarbonat ke dalam adunan yang dipukul tadi....gaul jer pakai spatula sampai mesra kata orang...


 bahagikan kepada 3 adunan dan warnakan dengan warna hijau dan merah dan warna asli..
warna asli fizi letakkan sedikit hancuran kasar walnut untuk bagi ada rasa kekacang. 

 Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 darjah selsius selama 40 - 45 minit.

 
 Tadaa..inilah hasilnya untuk kali pertama membakar

Rasa dier pon boleh tahan sedap....dah bawak ke opis pon bagi kawan-kawan rasa.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

insta