21 September 2015

RESEPI : BUBUR SOM SOM

Assalamualaikum kawan-kawan...

Arini fizi nak share resepi paling sempoi dan paling senang..Kiranya menjadi feveret la menu ni buat minum petang. Dulu nak dapat bubur ni kalau kat kampung fizi, kenala tunggu masa bulan Puasa...tu pon ader sorang atok ni meniaga..tapi beberapa tahun yang dulu atok tu dah meninggal..jadi gigihlah mencari resepi nak buat. Jom tengok resepinya

BUBUR SOM-SOM


Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
400 ml santan pekat + 1200 ml air 
 2 sudu teh garam

Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau rata.
2. Nyalakan api. Kacau sentiasa sehingga menggelegak dan bubur nampak berkilat.
3. Masukkan ke dalam mangkuk atau acuan yang digemari. Sejukkan.
4. Hidangkan bersama air gula merah.


SIRAP GULA MERAH/ GULA MELAKA
 
Bahan-bahan:
500 g gula merah / gula melaka
1000 ml air
2 helai daun pandan - simpulkan 


Cara-caranya:
1. Campurkan semua bahan.
2. Masak atas api hingga gula merah larut. Tapiskan dan sejukkan.
SELAMAT MENCUBA 



No comments:

insta