28 September 2015

RESEPI : MACARONS

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah...percubaan kali kedua jadikan macarons fizi cantik sangat..ibarat beli kat kedai la hahah..puji melambung nieh..heheh...fizi kongsikan resepi pada kawan-kawan. Dia punya masa menunggu bukan main lama lagi dari masa nak memasak...perghhh sabor jerlaaa...huhuhu

 semoga bermanfaat.

MACARONS

  
BAHAN-BAHAN

4 BIJI telur (gred a) ambil putihnya sahaja
130 gram gula kastor
160 gram serbuk almond
280 gram gula aising
pewarna (better pakai yang powder)
filling (ikut kesukaan) fizi guna peanut butter dan choc spread


Jom layan cara-cara nak buat nya kat bawah ni..Sila tambahkan perasaan sabar dalam diri ye..haha..sebab macarons ni kalau nak jadi kena sabar...hehehe

CARA-CARA

 

 pukul putih telur hingga kembang menggunakan mixer dengan kelajuan paling tinggi. masukkan gula kastor sediikit demi sedikit dalam keadaan mixer masih berputar. putar lagi sehingga meringue bertanduk (kira-kira dalam 10-15 minit). setelah itu boleh switch off mixer sbb kiter akan pakai spatula jer lepas tu.


 masukkan gula aising dan serbuk almond dalam adunan meringue dan gaul kaupkan hanya menggunakan spatula. setelah sebati, asingkan kepada beberapa adunan...mengikut pada warna yang kawan-kawan nak buat. Fizi buat empat warna macam kat atas ni =) ada pink, hijau, biru dan kuning.

 masukkan dalam piping bag..dan piping atas baking paper. kalau rasa susah nak buat bulat dier. lukis dulu dengan syiling 20sen pada baking paper tu...terbalikkan supaya dakwat pensil tu di bawah yer. jarakkan setiap macarons tu dalam 3cm.


rehatkan macaron yang dah dipipingkan atas tray pembakar tadi selama 30 - 45 minit sebelum dibakar yer kawan-kawan. bolehla sementara tu..basuh kain ker..masak tengahari ker..nonton sinetron ker kan..tukar lampin anak ker kan..

lagi 10 minit nak cukup 45 minit tu...panaskan oven dulu selama 10 minit pada suhu 150°c. letak atas dulang pembakar. dan bakar selama 15-20 minit dengan suhu 140-150 darjah celsius. 

 
 hijau 
 merah jambu giteww heheheeh

 warna biru sepatutnya..entah kenapa jadi turqouise bile masuk camera huhuh

 warna kuning keemasan giteww hehehehe

keluarkan dari oven dan sejukkan dalam 10-15 minit sebelum ditanggalkan dari baking paper.


yang ni macaron yang dah siap dibakar. fizi tak fillingkan siap-siap....sebab penat wehh nak jadikan ia macaron..hahah tunggu bila nak makan baru fillingkan...tapi macam cam gitu jer pon dah sedap..serius tak tipu =) hehehe


pastu bolehlah filling kan dengan apa-apa filling yang kawan-kawan suka. fizi letak filling peanut butter ngan choc spread.

 selamat mencuba.

 adunan fizi ni boleh dapat dalam 150+- biji macarons..so kalau cantumkan. dapatlah dalam 75 macarons

******
pantang dan larang
1. pastikan semua kelengkapan kena betol2 kering yer..x mau ada air walaupun setitis.
2. jangan putar meringue terlalu lama..dan jangan putar terlalu sekejap. yang penting bertanduk.
3. pakailah pewarna serbuk (powder coloring) supaya teksture macarons tak tercemar dengan unsur air dalam pewarna. sebab macaron ni sangatlah sensitifnya...hati tisu..hehehe
4. masa adalah perkara paling penting dalam pembuatan macaron. jadi banyak-banyakla bersabar. kerana sabar itu bakal membuahkan hasil. inshaallah
5. bila dah piping atas tray tu...amik lidi atau pengcungkil gigi....cucuk semua bubble yang terbentuk..macaron ni tak boleh ada buble kat permukaan dier..nnt boleh menyebabkan macaron merekah dan tak cantik...


4 comments:

Cik Da said...

nak sikit

Cik Da said...

nak sikit

salmiah awang said...

wow!!!sukanya..

Noor Ashikin binti Ohyanuddin said...

Assalamualaikum.bkar mac tu guna api ats bwah ke?

insta