11 February 2016

RESEPI : BUTTER COOKIES

Assalamualaikum

Fizi nak share resepi butter cookies plak...senang jer kawan-kawan...selain untuk minum petang, kawan boleh buat untuk raya jugak..jom kita layan resepi bergambar kat bawah jom

Bahan-bahan
250gm buttercup (biar dalam suhu bilik, supaya senang nak putar)
90gm gula aising (diayak)
280gm tepung gandum (diayak)
1/4 sudu kecik baking powder
1/2 sudu kecik esen vanilla
25gm ground almond (yg ni optional..kalau korang nak cookies ada rasa kekacang....boleh jugak tukar dgn kismis atau berries kering)

 yang ni bahan-bahan dier



dalam bekas yang lain....ayak tepung dan baking powder...kemudian masukkan ground almond

pukul butter ngan gula aising hingga berkrim

 bila dah berkrim...masukkan tepung yg tlh diayak bersama tadi ke dalam mixer

 putar hingga semua bahan sebati

 rehatkan dalam petu sejuk selama setengah....so sesambil tu bolehla basuh pinggan ke...lipat kain ke kan..

 bila dah setengah jam tu...masukkan adunan dalam piping..ikut suka kawan2 nak pakai piping jenis yg macam mana kan....fizi prefer pakai yg belah atas tu sebab dapat buat pelbagai corak cookies hehehe

 hasil setelah ditekan dengan presser cookies

 panaskan oven pd suhu 150 darjah celcius selama 10 minit...kemudian masukkan cookies yg telah ditekan tadi...dan bakar pada suhu yg sama selama 15 minit atau sehingga cookies keperangan..

 tada......sejukkkan cookies dan simpan dalam bekas kedap udara...owh nak tahan lama bila dah simpan dalam bekas kedap udara...simpan dalam peti sejuk....

sesuai dijadikan menu minum petang sambil nengok drama korea...tapi kalau nak tgk memori cinta suraya pon boleh jugak heheh...

SELAMAT MENCUBA

No comments:

insta