15 February 2016

RESEPI : OREO ALMOND BUTTER CAKE

Salam kawan-kawan...

Kali ni fizi nak share resepi 
OREO ALMOND BUTTER CAKE

buat kek ni pon sebab mak datang dr kg ke Damansara sebab ada taklimat kesihatan kat sana semalam (14/02/2016-Ahad). Jadi kek ni di pos balik ke kampung melalui mak heheh

Jom kita layan resepi bergambar di bawah

 Bahan-Bahan
4 biji telur
2 cawan tepung
1 cawan gula aising
250gm buttercup
1 paket Oreo
25gm serbuk almond
1ts soda bikarbonat
1ts baking powder
1ts esen vanilla

Ini gambar bahan2 dier. Serbuk almond dan soda bikarbonat tiada dalam gambar sbb tak muat frame heheheh

 Pukul telur, gula, mentega hingga sebati. Tak payah pukul lama sangat tau...cukup la sekadar bahan2 ni berkawan sesama mereka. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.


Kemudian, perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Untuk menambahkan lebih rasa Oreo...hancurkan beberapa keping Oreo dan masukkan diselang seli dengan tepung. Bila adunan telah sebati...bahagikan kepada dua.

 Sediakan loyang (ni loyang 8") dan alas dengan baking paper...kalau tak alas pon xper....tapi sapukan loyang tu dengan sedikit minyak atau butter ok.

 Masukkan satu adunan (ygelah diasingkan tadi) sebagai lapisan bawah dan ratakan. Susun oreo (yang telah dibuang krimnya di tengah) seperti dalam gambar di atas.

 Pada adunan kedua, masukkan serbuk almond dan gaul kaupkan sehingga sebati.

 Letakkan adunan tadi di sebelah atas susunan Oreo.

 Ratakan. Biar sama tinggi sebab nanti bila dah bakar...baru la sama.

 Panaskan oven sebelum tu pada suhu 140°c selama 10 minit. Kemudian barulah kek dibakar pada suhu 150°c selama 30 - 35 minit...ataupon sehingga kek masak. Lagi 10 minit nak masak, guna api bawah sahaja dan sentiasa tengok keadaan kek. Kalau nak tau kek dah masak ke belum...cucuk la dengan lidi sate tu..kalau dah tak melekat maknanya dah masak la tu...

 Kek yang telah dikeluarkan dari oven. Tunggu sejuk sebelum dipotong ok.

 Kek yang telah siap dipotong. Nampak tak Oreo yang telah dilapiskan tadi?? hehe

Bila dah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara. Boleh buat menu minum petang ni, bancuh kopi panas...layan..tak pon boleh bawak g piknik kan..hehe

SELAMAT MENCUBA

No comments:

insta