11 March 2016

RESEPI : AYAM GORENG BUJANG RASA UNIVERSAL

Malam tadi terlebih rajin buat ayam goreng sendiri...
sedap wehh..setanding rasa ayam Kay Ep Chi hehe

Bahan-bahan
Ayam (dipotong ikut saiz y kita nak)
Telur (sebagai bahan pelekat)
Minyak untuk menggoreng

Bahan Perapan
cili kering
halia
bawang putih
bawang merah
lada hitam
garam sebagai perasa
(blend semua bahan dengan sedikit air)

Bahan coating
Tepung gandum
Tepung beras
Tepung jagung
Lada hitam
Garam
(satukan semua bahan dan kacau supaya sebati)

Cara-cara
Basuh ayam bersih-bersih dan toskan. Kemudian masukkan dalam bahan perapan. Gaul sampai semua bahagian ayam terkena bahan perapan. Tutup bekas perapan dan perap selama setengah jam ke satu jam (lebih lama lebih bagus, tapi sebab dah lapo sangat, sejam pon jadi la) hehhe

Bila dah sejam gitu, pecahkan telur dalam ayam yang telah diperap. Sementara itu panaskan minyak dalam kuali. Biar banyak minyaknya yer, biar ayam lemas di dalam minyak tersebut. Kemudian kacaula ayam tadi, sehingga telur dan ayam bersatu bersama rempah yang diperap tadi.

Kemudian celuplah dalam bahan coating tadi. Nak dapat kerak yang banyak? Lepas celup kali pertama dalam bahan coating, celup semula dalam bahan rempah dan celup balik dalam tepung. Dapatlah kerak seolah-olah kepunyaan kay ep chi.

Kemudian goreng la dalam minyak yang panas. Perlahan kan api sementara memasak supaya bahagian dalam ayam masak sekata. Jangan lupa balikkqn ayam kalau rasa minyak tak berapa nak penuh tu. heheh

Angkat dan toskan minyak. sedia dihidang. Nak rasa lagi sedap..cicahlah ngan sos Life...kan terasa macam di Kay Ep Chi tu..

SELAMAT MENCUBA!!!

Nota kaki
Resepi ini ditulis sementara menunggu ayam sejuk sebelum dikokak masuk ke perut. Owh ayam ini diberi nama ayam goreng bujang sebab bahan2 dier terhad...tapi rasa dia universal....gitewwww

No comments:

insta