09 March 2016

RESEPI : BROWNIES KEDUT MEDUT

Salam semua...

Tiba-tiba malam tadi entah kenapa mata tak boleh nak pejam..last-last pergi la dapur..bukak-bukak kabinet tengok apa bahan-bahan kek yang ada, last-last Fizi pon buat la brownies...Haa ko mampu..tak boleh tidur terus nak masuk dapur..haahah.. takmo cerita panjang...jom layan resepi bergambar kat bawah ni.

BROWNIES KEDUT MEDUT
400 gram coklat masakan (fizi pakai Dark Compaund jenama Beryls)
150 gram butter
100 gram gula perang
100 gram gula kastor
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
100 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
30 gram serbuk koko


Ini bahan-bahan dia.


Mula-mula satukan butter dan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boiler.


Kacau sampai bahan cair dan berkilat seperti dalam gambar ni.


Dalam mangkuk yang lain, masukkan telur, gula perang, gula kastor dan esen vanilla. Kacau dengan menggunakan whisk jer tau. Kacau sampai semua bahan-bahan sebati dan bersatu semuanya ecececec..hehhe


Kemudian ayak serbuk koko, tepung dan soda bikarbonat dalam bancuhan tadi...dan kacau lagi lacau lagi kacau lagi sampailah semua bahan-bahan bersatu..


Masukkan adunan tadi dalam coklat dan butter yang kita dah cairkan masa mula-mula tadi. Pastu kacaulah lagi pakai whisk...kacau jangan jemu mengacau....hehe


Tuang adunan dalam acuan yang kita dah lapikkan dengan kertas pembakar yang telah disapu dengan sedikit marjerin. Kawan-kawan panaskan oven dahulu pada suhu 160'c selama 10 minit. Kemudian barulah masukkan brownies dan bakar pada suhu yang sama selama 30 minit. Yang ni bergantung kepada jenis oven masing-masing tau kawan-kawan.


Okey, bila dah masak, biarkan dalAm oven dulu selama 15 minit dengan renggangkan sedikit pintu oven. Lepas tu baru la boleh keluar dan potong-potong ikut saiz kesukaan kawan-kawan.


Yang ni brownies yang dah siap fizi potong...saja la fizi spreadkan dengan choc spread nak bagi nampak chanteq dalam gambar. Lagi sedap kalau dapat topping kan dengan caramel, nutella ataupon putaran cream chhese.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

insta