07 April 2016

BIHUN SUP SAT-SAT UTARA SAT-SAT SELATAN PASTU TAK TAU DIA NAK KONA PI MANA..HEHHE


BAHAN-BAHAN A (Bihun kuning)
Bihun kering (1 1/2 paket)
Serbuk kunyit
3 helai daun pandan (diikat)

CARA-CARA
Rendam bihun kering semalaman bersama-sama dengan serbuk kunyit. Bila dah semalaman, bilas elok-elok bihun sampai air bihun tiada lagi warna kuning. Air bihun tau, bukannya bihunnya bertukar putih balik..hehehe

Celur dalam air panas yang telah dimenggelegakkan sekali dengan daun pandan (btol ke bahasa menggelegak tu? hahah).

Cara nak celur...bila air dan menggelegak, tutup api, masukkan bihun dan biar 5 minit, kemudian angkat dan toskan air kemudian lalukan atau rendam dalam air sejuk seketika. Pastu toskan lagi. Boleh simpan dalam peti sejuk. Kalau nak makan baru keluarkan, sebabnya nanti masa kita makan kan kita letak sup ayam yang panas.

BAHAN-BAHAN B (Sup Ayam)
Seekor ayam
4 biji ubi kentang (dipotong baji)
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
serbuk lada hitam
1 batang kulit kayu manis
3 bunga lawang
Garam sebagai perasa.
2 bunjut sup bunjut
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Minyak untuk menumis
Air

CARA-CARA
Ayam boleh dibuat dua cara. Sama ada nak dipotong kecik-kecik atau rebus seekor dan dicarik-carik dagingnya. Pilihla mana-mana yang kawan-kawan rasa senang, fizi kalau hari minggu rajinla nak carik-carik, hari kerja mintak ampun le...heheh, jadi fizi pilih potong kecik-kecik.

Blend bawang besar, halia dan bawang putih. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan yang telah diblend tadi bersama-sama dengan sup bunjut, serbuk lada hitam, kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis sehingga berbau wangi dan kering.

Bila bahan tumisan hampir kering, masukkan ubi kentang dan tumis lagi hingga ubi kentang separa lembut, kalau buat ayam potong, masukkan ayam sekali dan gaul-gaul bersama-sama bahan tumisan.

Bila jus dari daging ayam dah keluar dan bahan-bahan tumis dah sebati dengan ayam, masukkan air ikut banyak mana yang kita nak. Bila dah menggelegak masukkan garam dan rasa. Kalau ikut fizi sebab nak dimakan dengan bihun sup, fizi lebih suka kalau sup tu dimasinkan sedikit, supaya bila makan dengan bihun nanti rasanya balance.

Kemudian taburlah dengan daun bawang dan daun sup yang telah dihiris halus. Taburlah juga bawang goreng.

BAHAN-BAHAN C (SAMBAL KICAP)
20 biji cabai burung/cabai tonggeng/cili api (banyak nau nama dia) hehehe
5 ulas bawang putih
Kicap
Gula
Garam
Air

CARA-CARA
Blend semua bahan-bahan di atas. Nak pekat kurangkan air lebihkan kicap. Nak cair tambah air banyak lagi. Nak pedas, lebihkan cabai. Senang jer kan. hihihi

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN
Limau nipis
Fish cake (dicelur)
Fish ball (dicelur)
Taugeh (dicelur)
Daun bawang (dihiris)
Daung sup (dihiris)

CARA NAK MAKAN
Masukkan bihun kuning dalam mangkuk, masukkan ayam carik (kalau ayamtu dicarik la). Masukkan bahan-bahan sampingan yang lain. Tuang sup, masukkan sambal kicap, nganga mulut dan ngappp.

SELAMAT MENCUBA

#BudgetLunchCommunity
#BihunSup
#homecooking
#cookbyrafiziyunos

No comments:

insta