06 May 2016

TUTORIAL : TANJAK/TENGKOLOK/DESTAR MENGGUNAKAN SAMPING LAMA

Ni adalah percubaan pertama fizi buat tanjak ni..tu pon atas permintaan seorang kakak ni untuk dipakai oleh anak lelakinya. Jom go thru gambar one by one utk step buat tanjak ni okey..xoxo
 
 Okey ni samping budak yang dah tak digunakan lagi..tetas lah setiap jahitan yang ada tu...

 Inilah kejadiannya bila dah siap tetas.

 Lipat dua samping tu kemudian dapatkan ukurannya dan gunting.

Kejadian bila dah gunting.
 
 Temukan kedua-dua samping dan jahit lurus.

 Hasil yang telah siap dijahit pada pandangan belakang.

 Lipat kepada bentuk seperti dalam gambar dan gunting untuk dapatkan sudut segitiga sama.

*Kalau dah ada songket sendiri ..boleh mula dri step gambar ni okeyh..

 Amik kulit majalah lama. dan guntingkan seperti kain samping yang telah dilipat segitiga. Ukuran kulit majalah tersebut hendaklah kurang setengah inci dari setiap tepi kain samping kecuali bahagian bawah.

 Bukak kain tersebut dan letakkan kulit majalah seperti di dalam gambar.

 Jahit kain di atas majalah pada sebelah bahagian dan temukan sebelah lagi pada kain yang telah dijahit.

 Inilah hasil kain yang telah siap dijahit dan telah bersedia untuk dilipat menjadi tanjak.

 Mula dari bawah. Lipat sebanyak dua kali dengan setiap ukuran lipatan dalam lebih kurang 2 3 inci.

* Jika tanjak kelihatan masih besar, boleh dilipat 3 kali.

 selepas dilipat, terbalikkan tanjak seperti di dalam gambar.

 Untuk lipatan seterusnya, lipat dalam kedudukan menyenget sebagaimana dalam gambar. lipatan seperti ini boleh dibuat 2 kali jika saiz tanjak masih banyak berbaki sebelum ke puncaknya

 Dapatkan saiz kepala masing-masing. Bolehlah dijahit ataupon hanya menggunakan pin. Padan hujung puncak, kelepek kan seperti di dalam gambar


 Hasilnya apabila dipakai..ewahhh dah macam nak kawenn hahhahah

 Pandangan sisi. 
 
SELAMAT MENCUBA

No comments:

insta